
Tak Beri Muka, DBKL Terus Gempur Aktiviti Perniagaan Haram Warga Asing Degil
Tak beri muka, DBKL terus gempur aktiviti perniagaan haram warga asing.
Selepas hampir 20 tahun dimonopoli warga asing, Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang akhirnya kembali menjadi milik warga tempatan. Meskipun sudah ‘dibersihkan’, masih ada segelintir penjaja warga asing yang berdegil kembali melakukan aktiviti perniagaan mereka.
BACA: Selepas Hampir 20 Tahun, Pasar Borong Selayang Akhirnya Jadi Milik Warga Tempatan
Tidak mahu membiarkan kelompok ini mengembang, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terdiri daripada 14 pegawai dan anggota penguat kuasa yang melakukan pemeriksaan di Jalan 1/2A berhampiran pintu keluar Pasar Borong Kuala Lumpur terus menggempur operasi mereka.
Barang jualan disita termasuklah pelabagi jenis sayuran seperti bawang, toato dan terung serta payung khemah yang didirikan turut dirampas.
Tak beri muka, tindakan menyita akan terus dilaksanakan DBKL dalam operasi membanteras kegiatan jualan penjaja warga asing di kawasan tersebut bagi memastikan aktiviti mereka tidak berkembang semula.
Usaha drastik yang diambil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan kerjasama Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa bagi ‘membersihkan’ kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur ini telah bukan sahaja menyelamatkan lokasi berkenaan daripada menjadi lubuk pencarian pendapatan warga asing tetapi juga membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada warga tempatan.
Dengan bayaran gaji sekitar RM80/hari dengan tempoh waktu bekerja dari jam 10 pagi hingga 7 malam, mereka menerima sambutan menggalakkan daripada warga tempatan sama ada daripada kalangan mereka yang mengganggur termasuklah gelandangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.
Sumber: Berita Harian