Tidak Berdiri Semasa Lagu Negaraku Dimainkan Boleh Jadi Sebab Anda Dipenjara

Tak Berdiri Semasa Lagu Negaraku Dimainkan Boleh Jadi Sebab Anda Dipenjara

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tahukah anda, perbuatan tak berdiri semasa lagu Negaraku dimainkan boleh menyebabkan anda dipenjara?

Bagi menjaga kredibiliti, prestij, kewibawaan dan maruah lagu Negaraku sebagai lagu kebangsaan negara, langkah tegas perlu diambil kepada mereka yang tidak menunjukkan taat setia.

BACA: ‘Kisah Cinta’ Tan Hong Ming Yang Tidak Dilupakan Setiap Kali Sambutan Kemerdekaan Malaysia

Menurut Seksyen 8(1) Akta Lagu Kebangsaaan 1968, rakyat Malaysia hendaklah menunjukkan rasa hormat, sayang dan mencintai lagu kebangsaan dan dikehendaki berdiri semasa lagu tersebut dinyanyikan pada bila-bila masa dan di mana jua.

Seksyen 8(2) pula menegaskan sesiapa yang ingkar kepada ‘perintah’ tersebut boleh didenda tidak melebihi RM100 dan penjara satu bulan sekiranya didapati bersalah oleh mahkamah.

Seksyen 9 memberikan kuasa penuh kepada pihak polis untuk menangkap sesiapa sahaja yang didapati melakukan kesalahan  di bawah Seksyen 8 tanpa sebarang waran melainkan tertuduh memberi aku janji akan menjawab segala saman dan prosiding yang akan dilaksanakan ke atas beliau kelak.

Namun menurut seorang pengguna Facebook, Naqib Faiz, di bawah Sesyen 8, terdapat beberapa situasi yang mana memerlukan seseorang itu tak perlu berdiri.

https://www.facebook.com/naqib.faiz.3/posts/1974554896013645

Penjelasan tersebut adalah kerana tularnya semula satu video eksperimen sosial di laman media sosial yang mana di dalamnya kedengaran lagu kebangsaan dimainkan di kawasan awam.

Sejarah lagu Negaraku

Lagu Negaraku dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak yang berasal dari Pulau Mahe di Kepualauan Seychelles yang dibawa pulang Sultan Abdullah setelah baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri atas kesalahan didakwa bersubahat membunuh JWW Birch.

BACA: Enggan Berdiri Semasa Lagu Negaraku Tanda Protes Senyap S4S Kepada Janji Palsu Kerajaan

Lagu ini kemudiannya diberikan seni kata baru dan dinamakan sebagai Allah Lanjutkan Usia Sultan dan dijadikan sebagai lagu rasmi negeri Perak.

Pada 5 Ogos 1957, lagu Allah Lanjutkan Usia Sultan ini dipilih daripada empat buah lagu yang diperdengarkan dan menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh jemaah hakim yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman.

Fakta Sejarah Merdeka
Sumber: The Patriots

Setelah mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu, kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1,000 kepada sesiapa yang mampu mengubah seni kata dan pertandingan ini kemudiannya dimenangi oleh Encik Saiful Baharu yang dipersembahkan dalam tiga versi.

Kemudiannya, semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-4, lagu ini telah ditukar kepada rentak yang lebih rancak dan pertama kali diperdengarkan kepada umum semasa sambutann Ambang Merdeka di Dataran Merdeka pada tengah malam 30 Ogos 2003.

Sumber: BTN