
Tak Berani Tukar Kerja Kerajaan Sebab Takut Gaji Turun, Lelaki Ini Kongsi Cara Mohon Pelarasan Gaji
Apabila suasana kerja tidak lagi menyeronokkan, tekanan oleh pihak majikan atau kerjaya sedia ada mendatangkan masalah, mungkin ada yang berfikir untuk ‘lompat’.
Senario yang biasa dalam kalangan pekerja di sektor swasta, apabila keadaan ini berlaku, mereka mula mengintai-intai peluang untuk memasuki perkhidmatan awam.
BACA: Cara Mohon Kerja Dengan Kerajaan Melalui Sistem SPA9
Namun apabila berjaya mendapat tempat dalam sektor awam, berbelah bahagi pula tentang gaji yang ditawarkan kerana lebih rendah daripada kerja terdahulu.
Sebenarnya, anda mungkin berpeluang melaraskan tangga gaji apabila masuk ke sektor awam dengan beberapa cara. Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Zahiruddin Saruji.
Mari ikuti perkongsian beliau.
Ada orang yang dari kerja swasta tak berani masuk kerja government sebab takut nanti gaji turun.
Actually, bila orang yang berpengalaman masuk kerja government, dia boleh mohon untuk buat pelarasan gaji.
Benda ni, ramai tak tahu.
Even yang kerja dalam government pun.
Sebelum saya berkhidmat dalam kerajaan (KKM), saya dah ada pengalaman di swasta selama 6 tahun. Gaji pun OK, banyak la juga.
Jadi, bila dapat offer government tu, berbolak balik juga la hati ni sebab gaji turun banyak.
Saya pun godek-godek la google “pelarasan gaji kerajaan”
Tup tup.
Ada step dan proses dalam website SPA.
Saya tanyalah Bahagian Sumber. Memang boleh mohon.
So, saya pun apply la.
Antara dokumen yang perlu:
1. Resume
2. Surat Pengesahan Resignation company lama
3. Surat lantikan jawatan kerajaan
4…. Dan apa tah lagi.
Saya pun mohon. Tak berharap sangat pun. Dalam hati masa tu, ada rezeki dapat la.
Alhamdulillah. Dalam 3 bulan kot, permohonan saya diluluskan. Gaji saya pun dinaikkan. Tunggakan saya tak ingat ada ke tak.
Kenaikan ikut pengalaman saya tu, 2 tahun pengalaman swasta bersamaan kenaikan setahun gaji government.
Puas la hati, ada hasil.
Jadi, anda yang beralih daripada sektor swasta ke sektor awam, bolehlah mencuba cara-cara yang dikongsikan ini. Semoga bermanfaat.
Sumber: Sumber: Zahiruddin Saruji