
‘Tak Belajar Dari Kluster Sivagangga?’ – Netizen Kesal Dengan Kenyataan Menteri Kanan
Netizen kesal kenyataan Menteri Kanan terhadap isu kuarantin pulang dari Sabah.
Pola jangkitan kes COVID-19 di Malaysia ketika ini dilihat makin meningkat susulan kebanyakan kes dikesan di Sabah.
Dalam masa yang sama terdapat beberapa kes baharu COVID-19 di Semenanjung juga dikesan daripada individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke Negeri Di Bawah Bayu itu.
Susulan itu, ia memberi kebimbangan kepada pakar kesihatan awam di sini yang menggesa kerajaan perlu melaksanakan sekatan perjalanan keluar dan masuk negeri Sabah.
Namun, menerusi kenyataan terkini daripada Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan mereka yang didapati negatif ujian kesihatan di lapangan terbang tidak perlu menjalani tempoh kuarantin 14 hari.
Kenyataan itu dibuat dalam temu bual bersama The Star, yang mana beliau turut mengatakan individu tersebut masih bebas untuk menjalankan kuarantin selama 14 hari sebagai langkah berjaga-jaga.
“Balik dari Sabah kena ujian pengesanan (swab test), tapi bukan 14 hari kuarantin.
“Selepas swab test boleh balik rumah. Sampai rumah dapat mesej beritahu keputusan negatif, boleh terus ke Klinik Kesihatan tunjukkan keputusan dan anda bebas,” katanya kepada wartawan.
Senior Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob told reporters in Kota Kinabalu on Sunday that those returning to Peninsular Malaysia from Sabah are not required to be quarantined for 14 days if they tested negative for Covid-19 in screening at airports starting from Sunday. pic.twitter.com/btJtDjOWsG
— The Star (@staronline) September 27, 2020
Susulan itu, kenyataan beliau menerima kritikan dari orang ramai kerana ia sememangnya perlu tempoh inkubasi selama 14 hari sebagai salah satu prosedur operasi standard (SOP) bagi mereka yang baru pulang dari kawasan penularan berisiko tinggi.
Netizen mempersoal kenyataan itu dengan menyatakan kes terdahulu seperti Kluster Sivagangga pada awalnya didapati negatif COVID-19 tetapi untuk ujian kali kedua kembali positif.
“This is nonsense, semua tahu tempoh inkubasi COVID-19 ni 14 hari, tak bermaksud turun flight result negatif, the next 13 hari result akan sama negatif. Are Governemnt dah consult dengan KKM on this?”
Setaka ini, difahamkan individu pulang dari Sabah ke Semenanjung akan dikuarantin di rumah bermula 27 September hingga 10 Oktober 2020.
Aktiviti saringan akan dijalankan kepada semua individu yang baru tiba dari Sabah di semua Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa).
“Semua individu terbabit akan diberi surat HSO dan dipakaikan gelang kuarantin. HSO akan bermula dari tarikh ketibaan mereka di kedua-dua pintu masuk itu sehingga keputusan makmal diperoleh,” kata KKM.
Trending now



