
Tak Ambik Iktibar Daripada Sabah, Sarawak Tetap Akan Laksanakan PRN
Seakan tidak mengambil iktibar pada apa yang berlaku di Sabah, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing dalam satu kenyataan menegaskan Sarawak akan tetap mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 walaupun Malaysia sedang berdepan dengan isu pandemik COVID-19.
BACA: Persediaan Memasuki Gelombang Ketiga Wabak Pandemik COVID-19 Di Malaysia
Menurut sumber Astro Awani, ketika ditanya mengenai kebimbangan rakyat bahawa Sarawak akan menerima nasib yang sama seperti Sabah, James berkata PRN berkenaan akan diadakan dengan syarat prosedur operasi standard dipatuhi dengan ketat.
Tiada pilihan melainkan mengadakan PRN
Memberi contoh negara yang tetap mengadakan pilihan raya sepanjang tempoh pandemik berlangsung sepeerti Singapura, Korea Selatan dan new Zealand, James memberitahu beliau tidak tahu apa-apa peruntukan yang membolehkan sesuatu pilihan raya ditangguhkan.

Sekiranya pilihan raya tidak diadakan, pada Jun 2021 Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan dan Sarawak tidak akan mempunyai kerajaan selepas tempoh tamat secara automatik berakhir.
Sabah sumbang gelombang ke-3
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menyumbang kepada gelombang ke-3 penularan COVID-19 selepas ada beberapa pihak yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.
BACA: Netizen Dakwa Pasar Terpaksa Ditutup Selepas Pemimpin UMNO Dilapor Positif COVID-19
Malah Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mengakui PRN Sabah antara punca yang menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19 di Malaysia.
“Misalnya penjarakan sosial. Ketika saya turun berkempen di banyak tempat, saya lihat SOP mengenai penjarakan sosial agak kurang dipatuhi.
Walaupun hampir keseluruhan memakai pelitup muka, tetapi masih ramai yang duduk dekat-dekat dalam keadaan yang agak sesak.”