
Tak Ada Istilah ‘Reject’, Ketahui Cara Bezakan Produk Minyak Wangi Tiruan Dan Asli
Anda tahu cara untuk bezakan minyak wangi tiruan dengan minyak wangi asli?
Beberapa hari lalu, seorang Instafamous ditahan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor selepas disyaki menjualminyak wangi berjenama terkenal dipercayai tiruan dalam satu serbuan di sebuah kondomium di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan.
BACA: Warga Asing Mampu Jana Pendapatan Hingga Ratusan Ribu Ringgit Jual Barang Ciplak
Dalam serbuan tersebut, lebih 1,000 botol minyak wangi yang dianggarkan bernilai RM150,000 dirampas dengan harga jualan setiap sebotol serendah RM150 hingga RM200.
Penjualan produk tiruan (fake) tidak dinafikan semakin banyak dalam pasaran. Dengan ciri yang hampir sama dengan produk asli menyebabkan ada pengguna yang sukar untuk membezakannya.
Jadi bagaimana mahu membezakan sama ada ianya produk tiruan atau pun tidak?
1. Bungkusan
Bungkusan minyak wangi asli biasanya akan lebih kemas daripada bungkusan minyak wangi tiruan keran untuk yang asli kebiasaannya kertas pembungkusan yang digunakan adalah daripada jenis yang berkualiti tinggi.

Berbeza dengan produk tiruan, kotak pembungkusan mereka macam ala kadar je, asal ianya dibungkus. Plastik pun biasanya ada kesan loose dan berkedut.
2. Harga
Harga adalah benda paling ketara untuk anda kenal pasti sama ada produk berkenaan adalah daripada jenis tiruan atau pun tidak.
Untuk produk tiruan kebiasaannya dijual dengan harga jauh lebih rendah daripada harga produk asli. Melainkan sekiranya anda beli semasa ada promosi jualan.
3. Tulisan
Sama tapi tak serupa. Tulisan pada botol minyak wangi asli tidak akan pudar walaupun sudah lama pakai. Kalau perhatikan betul-betul, tulisan pada bungkusan minyak wangi tiruan ini ada yang tersalah ejaan atau pun tatabahasanya.

4. Bau
Minyak wangi tiruan kebiasaannya ada bau yang lebih menyengat disebabkan kandungan alkoholnya yang kuat. Berbeza dengan minyak wangi asli, baunya tahan lebih lama dan lebih ‘sedap’.
Untuk yang tak tahan, mungkin boleh menyebabkan berlakunya keradangan pada kulit.
5. Semak kod
Untuk lebih mudah, anda boleh semak kod di laman web Check Fresh yang tertera pada kotak. Kalau nombor yang anda semak tiada maklumat, kemungkinan besar produk yang anda beli merupakan produk tiruan.

Minyak wangi reject
Selalu juga kita dengar ada yang jual minyak wangi asli tapi yang jenis reject. Sebenarnya wujud atau tidak istilah ini?
Untuk pengetahuan anda, minyak wangi reject tak wujud sebenarnya. Ini kerana pihak pengeluar lebih rela memusnahkan produk yang tidak berkualiti daripada menjualnya demi menjaga nama baik jenama yang sudah mereka bina.
Jadilah pengguna bijak yang tahu cara bezakan minyak wangi tipu dengan asli.
Trending now



