
Taiping Dinobat Sebagai Bandar Mesra Usia Di Asia Tenggara
Bandar Taiping terkenal sebagai sebuah pusat bandar lama di Malaysia. Taipung juga terkenal dengan binaan-binaan pertama di Malaysia seperti Hospital Taiping, landasan kereta api (Taiping-Kuala Sepetang) dan Sekolah King Edward V11.
Pernah dinobatkan sebagai Bandar Ketiga Terbaik Dunia Mac lalu dan 100 Destinasi Terbaik Pelancongan Eko Dunia 2018, kali ini Taiping sekali lagi mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai Bandar Mesra Usia di Asia Tenggara di Hotel Taiping Perdana pada 30 September ini.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Borhan Abdul Halim memberitahu bandar warisan ini dipilih selepas beberapa penarafan oleh MPT dengan melaksanakan pelbagai kriteria di antara ratusan kriteria yang digariskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mencapai taraf Bandar Mesra Usia dalam tempoh lima tahun.
MPT membelanjakan lebih RM1 juta dalam proses kajian yang dilakukan sejak dua tahun lepas menerusi geran dari Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDPP).
Penarafan ini dilakukan bagi memperkenalkan Taiping di mata dunia malah bandar Taiping ini dilihat sebagai ‘bandar orang pencen’ yang dapat menarik golongan pesara untuk menetap di sini sekaligus menarik pelabur dari luar.
Pihak WHO akan datang melakukan pemeriksaan kriteria yang dibuat di sini dan melaksanakan beberapa penambahbaikan yang perlu dilaksanakan.
Majlis pelancaran Taping sebagai Bandar Mesra Usia dijangka akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Sumber: FMT
Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B1gTWGBnIWO/