Taikun Minyak Singapura Terpaksa Isytihar Muflis Susulan Kejatuhan Harga 1

Taikun Minyak Singapura Terpaksa Isytihar Muflis, Bukan Lagi Jutawan Susulan Kejatuhan Harga Minyak Dunia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Penurunan harga minyak dunia pada tahun 2020 telah mencatat sejarah tersendiri sehinggakan taikun minyak Singapura, Lim Oon Kuin terpaksa mengisytiharkan muflis.

BACA: Harga Minyak AS Negatif, Perlu Ke Kita Susah Hati?

Keputusan berkenaan terpaksa dibuat oleh pemilik Hin Leong Trading ini susulan daripada gagal membayar pinjaman hutang bank sebanyak USD4 bilion (RM17.2 bilion) kepada 23 buah bank termasuklah CIMB Berhad yang mengalami kejatuhan harga saham di Bursa Malaysia sebanyak 34 sen 23 April lalu.

Taikun Minyak Singapura Terpaksa Isytihar Muflis Susulan Kejatuhan Harga 2
Sumber: The Straits Times

Menurut sumber daripada Forbes, Lim mengalami kerugian sebanyak USD800 juta pada akhir April 2020 dan kini tidak lagi bergelar jutawan susulan daripada krisis COVIID-19 yang sedang melanda dunia.

Meminta bank-bank agar tidak menark balik pinjaman kepadanya, Hin Leong merupakan antara syarikat pengumpulan minyak mentah terbesar di Singapura dan ke-16 terbesar di dunia.

Mengasaskan syarikat itu pada tahun 1963 ketika berusia 20 tahun, dengan menggunakan trak beliau menghantar sendiri minyak diesel kepada nelayan dan pengeluar tenaga secara kecil-kecilan di kawasan luar bandar.

Taikun Minyak Singapura Terpaksa Isytihar Muflis Susulan Kejatuhan Harga
Sumber: Majalah Libur

Memilih Hin Leong sebagai nama syarikat yang membawa makna kekayaan dalam bahasa Cina, nilai kekayaan Lim yang dilaporkan Forbes pada 7 April 2020 adalah USD1.3 bilion.

Menurut sumber Sinar Harian, langkah kerajaan meringankan beban orang ramai yang berhutang kepada institusi kewangan dengan menangguhkan pembayaran balik selama enam bulan akan menyebabkan bank menderita hutang lapuk.

Hutang lapuk yang banyak akan melemahkan kedudukan kewangan bank dan boleh menyebabkan mereka muflis disebabkan ramai orang yang tidak mampu membayar balik hutang-hutang mereka kepada bank.

BACA: Harga Minyak Berpotensi Turun Sehingga RM1.35 Seliter Bukanlah Perkara Yang Wajar Diraikan

Kerajaan akan melindungi sistem perbankan kerana ekonomi sesebuah negara boleh musnah jika sistem ini runtuh dan yang paling ekstrem boleh menyebabkan segala urusan jual beli terhenti; semua jenis barang dan perkhidmatan akan hilang nilai monetarinya.