Senarai Barang Keperluan Sekolah Darjah 1

Tahun Depan Anak Masuk Darjah Satu? Guru Ini Kongsikan Senarai Barang Keperluan Sekolah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tahun Depan Anak Masuk Darjah Satu? Guru Ini Kongsikan Senarai Barang Keperluan Sekolah.

Musim sekolah bakal bermula lagi dan saban tahun, pastinya ibu bapa yang lebih bersedia jika dibandingkan dengan anak-anak.

Para ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk memastikan segala keperluan anak-anak cukup, terutamanya yang baru memasuki alam persekolahan.

Kalau ikut apa yang kita rasa, pasti barang yang dibeli perlu mengikut bajet kita tapi betulkah cara sebegitu?

Perkongsian ini lebih memfokuskan barang keperluan sekolah seperti alat tulis dan beberapa barang yang akan digunakan dalam sesi pembelajaran.

Bagi ibu bapa yang kali pertama membeli kelengkapan alatan sekolah anak, perkongsian daripada Nor Azlin Muhamad, seorang guru Seni ini boleh dijadikan sebagai rujukan.

“Tahun depan anak masuk tahun 1. Jadi, mak-mak sila borong alat tulis sebab mak akan berdepan dengan masalah hilang pensel dan segala macam alat tulis hampir setiap hari.

“Jadi setiap malam pastikan mak check pencil case anak. Tapi keadaan ini biasanya awal-awal tahun saja. Lama-lama mereka sudah pandai jaga barang.”

Bermula darjah 1, pelajar sudah didedahkan dengan subjek Kesenian atau Pendidikan Seni Visual.

Alat keperluan untuk mata pelajaran Seni kebiasaannya perlu di bawa dari rumah dan para guru akan maklumkan awal pada anak muridnya.

Namun, kadang-kala mereka ini akan memberitahu ibu bapa last minute dan jika barang yang diperlukan tiada mulalah jadi kelam kabut.

Justeru, Cikgu Nor Azlin kongsikan bahan-bahan yang perlu ada sebagai persiapan. Walaupun kebanyakan alat keperluan ini digunakan dalam subjek Pendidikan Seni, tapi ia turut terpakai untuk subjek lain.

Senarai Barang Keperluan Sekolah Darjah 1
Sumber: FB

Berikut merupakan senarai barang keperluan sekolah untuk anak yang baru masuk darjah 1:

1. Alat tulis asas- pensel/ pembaris/ pemadam/ sharpener
2. Alat mewarna- pensel warna/ water colour/ crayon/ brush/ palette
3. Buku lukisan
4. Kertas manila card
5. Kertas warna size A4 perbagai warna- wajib! beli banyak terus simpan kat umah
6. Kertas pembalut hadiah
7. Gam, gunting
8. Salotape, double sided tape
9. Pinggan dan cawan kertas
10. Alatan craft- riben, sticker, tali craft dan apa sahaja yang comel-comel
11. Wet tissue
12. Straw
13. Apron/ baju lama

Mana nak beli semua alat keperluan ini? Nak jimat, ibu bapa boleh membeli di kedai RM2 seperti kedai Eco dan kedai Mr. Dollar.

Sumber: FB Nor Azlin Muhamad

BACA: Elemen Antirasuah Diperkenal Dalam Sukatan Pelajaran Sekolah Mulai Tahun Depan