Tandas Duduk Buasir 3

Tabiat Main Telefon Bimbit Semasa ‘Membuang’ Antara Punca Masalah Buasir

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kini semakin ramai yang memilih untuk memasang tandas duduk daripada tandas cangkung di rumah kerana mahukan elemen kemodenan serta keselesaan semasa ‘membuang’.

Ada juga yang terlampau selesa sehinggakan mampu duduk berjam-jam ‘membuang’ sambil bermain telefon pintar sama ada menonton video atau pun bermain permainan video.

Tapi tahukah anda, tabiat yang anda seronok lakukan ini mungkin menyebabkan anda menghidap penyakit buasir?

Tandas Duduk Buasir 1

Pakar estetika, Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi memberitahu penggunaan tandas duduk menyebabkan najis tidak dapat keluar sepenuhnya dan perlu diteran (sekiranya posisi tidak betul).

Sekuat manapun anda meneran, najis masih lagi tidak keluar sepenuhnya dan menyebabkan ia mengundur semula dan tersimpan di dalam kolon sigmoid sehingga bertahun-tahun.

Apabila meneran, hanya 50% tekanan atau tenaga digunakan untuk mengeluarkan najis, tetapi ia tetap menyebabkan najis mengundur dan beberapa komplikasi penyakit lain pula.

Buasir berlaku apabila regangan berulang kali terhasil akibat pergerakan usus yang mana najis keras dipaksa keluar dengan meneran dan sering bergesel pada dinding usus.

Tandas Duduk Buasir 2

Tambah pula dengan membawa masuk telefon pintar semasa ‘membuang’ boleh menjadikan diri kurang fokus dan menahan daripada membuang air besar.

Untuk mengelakkan buasir berlaku, masyarakat perlu mengubah gaya hidup mereka dengan melebihkan pengambilan serat dalam pemakanan selain daripada mengetahui posisi yang betul semasa menggunakan tandas duduk.

Sumber: Harian Metro

 
Kolaborasi De Niro dan Martin Scorsese.

Kolaborasi Robert De Niro & Martin Scorsese

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.