
Syukor Majid Kongsi 5 Tip Bagaimana Untuk Bangkit Semula Selepas Gagal Dalam Bisnes
Tokoh usahawan terkemuka, Syukor Majid telah membuat satu perkongsian yang sangat bermanfaat di Facebooknya untuk dijadikan rujukan dan panduan buat semua.
Umum mengetahui, beliau sebelum ini pernah beberapa kali ‘terciduk’ dalam dunia perniagaan sebelum berjaya bangkit kembali dengan penuh gah bersama empayar bisnesnya, Syukor Burger.
Apakah rahsia insan hebat ini? Bagaimana beliau akhirnya berjaya bangkit setelah berkali-kali gagal dalam bisnes?
Nak tahu jawapannya? Jom ikuti hantaran yang dibuat oleh Abang Syukor berikut.
Bagaimana abang bangkit dari kegagalan dalam perniagaan?
Abang ni dah selalu sangat gagal dalam bisnes. Kalau gagal tu diukur dengan sunat, Tok Mudim pun dah tak tau nak potong apa lagi. Dah banyak kali sangat kena sunat.
Macam-macam bisnes abang dah cuba. Siapa yang kenal abang dari awal berniaga, pasti nampak jelas proses jatuh bangun abang.
Sini ada beberapa tips bagaimana abang bangkit semula selepas gagal dalam perniagaan.
1) Mindset
Mindset kita ni sangat-sangat powerful. Pernah tak dengar orang kata, bila kita suka satu-satu kereta, nanti kita akan selalu nampak kereta tu atas jalan raya.
Itu tanda fokus. Mindset kita fokus pada satu-satu benda yang kita suka.
Pernah tak dengar lagu Fikirkan Boleh, “Jika kau fikirkan kekalahan, kau hampiri kegagalan, jika kau fikirkan kemenangan, kau hampiri kejayaan. Engkaulah apa kau fikirkan, terkandung dalam pemikiran.”
Ya, lagu itu tepat sekali. Jadi, mindset abang sentiasa memburu kejayaan. Dengan mindset yang betul, abang yakin mampu kecapi kejayaan.
2) Ilmu
Abang tak malu untuk terus belajar. Walaupun umur dah menginjak masuk 98 tahun, abang masih bersemangat nak belajar, sebab ilmu itu penyuluh jalan. Abang tak pernah rasa ilmu penuh di dada walaupun dada ni padat dengan otot yang kekar.
Rasa diri sudah pandai hanya membuatkan ego kita makin membukit, bila ego tinggi, kita jadi segan nak belajar dengan orang, lagi-lagi dengan orang lebih muda, akibatnya kita semakin ketinggalan di belakang.
Jadi, teruskan belajar. Masih banyak ilmu baru boleh diambil untuk kita apply dalam bisnes. Mana tau lagi mantap sales kita nanti.
3) Mentor
Jangan malu untuk berguru. Zaman sekarang, pepatah “aku makan garam dulu” dah tak releven dalam bisnes. Ramai saja abang jumpa orang muda yang jauh lebih berjaya walaupun baru setahun dua berniaga.
Semuanya sebab ilmu.
Carilah mentor yang proven, yang mampu bimbing anda ke jalan kejayaan yang gemilang. Ingat, cari mentor, bukan mentol, bukan mentos, bukan sifu ntah ye ntah tidak.
4) Circle
Anda kena berada dalam circle yang betul. Kawan-kawan cerminan diri kita. Bukanlah bermaksud kita kena tinggalkan kawan sedia ada.
Pastikan kita berada dalam circle yang positive dan supportive. Circle yang baik pasti usaha bantu kita bangkit semula.
5) Move on
Kegagalan lalu usah dikenang, jadikan sebagai sempadan dan teladan. Bak kata orang tua-tua, “Kegagalan merupakan cikgu terbaik.”
Pandanglah dari sudut positif, di situ kita akan jumpa punca kegagalan, akui kelemahan dan belajar memperbaiki kesilapan.
Tutup buku lama, bukalah buku baru. Bak kata P. Ramlee, barang yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang meracunlah diri. Tak payah fikir lagi, makin kita fikir, makin sakit jiwa nanti.
Begitulah lebih kurang cerita dia. Ingat, jangan putus asa, bangkit terus, cuba dan cuba lagi. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya.
Bak kata pepatah Raihan, iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa. Ia tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai. Abang tau, takde kena mengena. Saja tulis merapu, nak tengok hangpa baca sampai habis ke tak.
BACA: 3 Halangan Yang Sering Menjadi Punca Bisnes Gagal Untuk Berkembang
Sumber: Syukor Majid