
Syed Saddiq Tidak Setuju Ijazah Graduan UM Protes Di Pentas Konvo Ditarik Balik
Isnin lepas kecoh di laman sosial apabila seorang graduan di sebuah universiti berprestij, Universiti Malaya melakukan protes di atas pentas pada majlis konvokensyen di universiti berkenaan.
BACA: Graduan Universiti Malaya Tunjuk Protes Terhadap Naib Canselor Di Pentas Konvokesyen
Rata-rata netizen yang melihat rakaman tindakan graduan yang dikenali sebagai Wong Yan Ke, tidak bersetuju dengan tingkah lakunya yang boleh dikatakan tidak menghormati sesebuah majlis rasmi.
Ekoran itu, satu petisyen khas dilancarkan dengan menyatakan dua perkara utama iaitu menuntut UM menarik balik ijazah sarjana muda dan menuntut permohonan maaf secara terbuka oleh graduan tersebut kepada Naib Canselor UM, Datuk Ir Abdul Rahim Hashim.

Sementara itu, sebahagian pihak tidak bersetuju ijazah yang baru diperoleh Yan Ke ditarik balik atas sebab tindakannya yang menimbulkan kekecohan itu.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq berkata, beliau tidak menafikan hak pelajar untuk bersuara tetapi secara peribadi percaya majlis konvokesyen bukan tempat yang terbaik untuk protes kerana pada hari itu bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi kepada rakan lain dan keluarga.
https://www.instagram.com/p/B3rtHGYlbnO/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=dlfix
Menerusi ciapan yang dimuat naik Syed Saddiq, beliau tidak bersetuju menjadikan pentas Konvokesyen sebagai pentas protes, tetapi turut tidak bersetuju untuk menarik balik ijazah graduan itu.
Saya tidak bersetuju untuk mengunakan pentas Konvokesyen sebagai pentas protes. Hari itu milik semua graduan & ibu bapa untuk bergembira.
Saya juga tidak bersetuju dengan desakan untuk merampas ijazah. We can condemn & criticise without depriving a youth of his 4-year education.
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 16, 2019
Susulan itu, ramai memberi pandangan tidak bersetuju dengan pendapat Syed Saddiq dan ada juga yang bersetuju dengan beliau.
Semalam (Rabu), Yan Ke hadir ke UM untuk menuntut transkrip ijazahnya tetapi kecewa apabila dimaklumkan ia tidak dapat diberikan kepadanya. Atas protes tersebut, UM membuat laporan polis pada Selasa.
Trending now



