Nur Fitri Azmeer Pesalah Pedo UKM 3

Syed Azmi Beri Pendapat Isu Pesalah ‘Pedo’ Genius Matematik Sambung PhD Di UKM

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Masih ingat lagi berita mengenai pelajar genius Malaysia di London yang ditahan kerana memiliki 30,000 koleksi ekstrem gambar dan video l*cah kanak-kanak?

Beliau, Nur Fitri Azmeer Nordin pada ketika itu berusia 23 tahun ditahan di kediamannya di Queensborough Terrace, West London pada November 2014 merupakan seorang pelajar pintar yang menyambung pengajian dalam bidang Matematik di Imperial College sejak 2014.

Disabit dengan 17 kesalahan memiliki, membuat dan menyebarkan koleksinya, Nur Fitri yang dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Southwark Crown, London ditahan selepas pihak polis Metropolitan menemui satu akaun internet milik beliau yang telah memuat turun beribu-ribu video dan imej l*cah kanak-kanak.

Nur Fitri Azmeer Pesalah Pedo UKM 2

Hasil daripada serbuan, polis menemui komputer riba milik pemegang biasiswa MARA itu yang masih terbuka terletak bersebelahan dengan sebuah patung kanak-kanak dan 601 buah video serta imej l*cah Kategori A (penyalahgunaan yang melibatkan aktiviti seksual kanak-kanak) serta beratus-ratus bahan l*cah kategori B dan C.

Beliau yang pada ketika itu mengaku kesalahannya telah ditarik pinjamannya daripada MARA dan pulang ke Malaysia tiga tahun lalu setelah hukuman penjara 18 bulan telah dikurangkan kepada sembilan bulan dengan menggunakan laluan tersembunyi di KLIA bagi mengelak daripada pihak media.

Nur Fitri Azmeer Pesalah Pedo UKM 1

Kemudian, beberapa hari lalu Nur Fitri kembali trending di laman media sosial Malaysia kerana salah seorang daripada pengguna Twitter mendedahkan beliau telah kembali di Malaysia dan sedang melakukan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di UKM setelah menyelesaikan Ijazah Sarjana dalam masa setahun.

Pengguna Twitter itu turut menasihati orang ramai terutamanya warga penduduk di Bangi supaya lebih berhati-hati kerana penjenayah salah laku terhadap kanak-kanak tersebut berada di sana.

Di ruangan komen dapat dilihat netizen yang bertelingkah sesama sendiri membentangkan pandangan masing-masing; ada yang menyokong kenyataan beliau dan ada juga yang menyuruh agar beliau memadamkan ciapan dengan alasan mengaibkan Nur Fitri yang berkemungkinan besar telah berubah.

Nur Fitri Azmeer Pesalah Pedo UKM

Salah seorang pensyarah UKM yang juga penyelia Nur Fitri memberitahu Nur Fitri telah berubah dan meminta agar masyarakat berhenti mengecamnya. Turut menyifatkan bahawa kepintaran Nur Fitri berada di peratusan 5% tertinggi, pensyarah tersebut mendedahkan Nur Fitri mempunyai kelasnya yang tersendiri serta pernah meluahkan bahawa beliau tidak pernah merasakan perbuatannya adalah salah.

Memberi respon kepada isu ini, Syed Azmi selaku pejuang hak asasi kanak-kanak telah tampil memberikan pendapat peribadinya di laman Facebook semalam.

Syed Azmi menekankan tiga perkara penting, iaitu:

  1. Nur Fitri tidak boleh dikelilingi kanak-kanak.
  2. Nur Fitri tidak boleh mendapatkan akses kepada imej kanak-kanak lain walaupun melalui permainan video.
  3. Nur Fitri tidak boleh berinteraksi langsung dengan kanak-kanak walaupun dalam permainan kanak-kanak.

Kerana bimbang, Syed Azmi meluahkan perasaan benci beliau pada perbuatan Nur Fitri (bukan diri Nur Fitri) yang jelas-jelas menyakiti kanak-kanak dan boleh menimbulkan perasaan trauma yang berbeza pada setiap individu mereka (kanak-kanak).

Nur Fitri Azmeer Pesalah Pedo UKM 3

Syed Azmi menyatakan beliau tidak bersetuju dengan sesetengah netizen yang mahukan Nur Fitri m*ti, namun memaafkan bukan bererti melupakan. Beliau berharap agar pesalah seperti Nur Fitri dihalang daripada bekerja atau mendekati kanak-kanak walaupun kesalahan yang beliau lakukan adalah pada empat tahun lalu.

Kata beliau lagi, walaupun sekiranya di leher Nur Fitri digantungkan dengan objek, masyarakat tetap tidak akan menerimanya kerana masyarakat kita hari ini mahu melihat Nur Fitri lesap, mati atau hilang.

Syed Azmi yang meletakkan fokus pada keselamatan dan perlindungan kanak-kanak sempat menyampaikan mesej kepada Nur Fitri,

“Saya tak akan biarkan anda begitu sahaja. Tapi hormati saya dengan tidak mendekati mana-mana kanak-kanak, atas talian atau dunia sebenar.”

Sumber: Syed Azmi

Kasut-kasut trend terkini di Exchange Store.

Performance Lifestyle Store- EXCHANGE STORE

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.