Startup Indonesia

Syarikat ‘Startup’ Jual Ikan Indonesia Dapat Peruntukan AS$100 Juta!

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Wow! Sebuah lagi kisah menakjubkan dari negara jiran Indonesia yang boleh dijadikan pengajaran dan ikutan untuk generasi muda di Malaysia.

Tiga founder muda Indonesia yang kesemuanya berusia bawah 30 tahun berjaya menubuhkan syarikat awalan digital atau startup yang kini dilaporkan telah menerima peruntukan berjumlah AS$100 juta!

Tiada siapa yang menyangka niat murni mereka yang pada mulanya hanya untuk membantu meningkatkan pendapatan nelayan di Indonesia akhirnya mendapat sambutan dari ramai pelabur.

Kisah penuh inspirasi ini dikongsikan oleh Faridzul Asyraf Mat Arifin melalui satu hantaran yang dibuat di Facebooknya baru-baru ini.

Tahniah Farid Naufal, Indraka Fadhillah dan Utari Octavianty dari ARUNA! Semoga kisah kejayaan anda semua dapat dicontohi oleh anak-anak muda di Malaysia.

Startup Indonesia

KISAH JUAL IKAN DAPAT FUNDING 100 JUTA USD

Pada tahun 2016, 3 orang yang datang dari keluarga nelayan Indonesia berjumpa di satu program dan mereka berkongsi satu aspirasi yang sama – mahu naikkan income para nelayan!

Indonesia merupakan pengeluar makanan laut kedua terbesar dunia tapi dari segi food securities jauh terkebelakang. Malah Malaysia lagi hebat. Permasalahan ini yang mereka ingin selesaikan.

Di Indonesia, daripada nelayan, terpaksa lalui 7-8 lapisan sehingga sampai ke restoran dan menjadikan margin untuk nelayan tersangatlah sedikit. Sebab itu nelayan kekal miskin dan yang bertambah kaya adalah orang tengah!

Mereka sertai satu program accelerator dan idea itu berjaya menang!

Farid Naufal, Indraka Fadhillah dan Utari Octavianty menubuhkan startup dipanggil ARUNA.

Konsep Aruna cukup mudah, ia sebagai platform yang menemukan pelanggan direct kepada nelayan. Mereka hanya membina website hasil kemenangan accelerator sebanyak RM2,000 menerima tempahan yang begitu banyak pada minggu pertama dilancarkan.

Ini menjadikan mereka bertiga yang ketika itu baru saja menamatkan pelajaran mahu ceburi dunia startup ini lebih focus.

Pada pertengahan 2020 mereka berjaya mendapat Series A yang agak besar iaitu sebanyak 5.5 juta USD. Dengan duit ini mereka membina lebih banyak hub nelayan untuk menjaga kualiti terbaik produk nelayan.

Fokus mereka bukan sekadar kuantiti tapi kualiti. Sebab itu pelanggan mereka ramai di luar Indonesia yang mahukan hasil laut yang berkualiti.

Mungkin nasib menyebelahi mereka, tahun 2020 ini Covid jadi bisnes online mendapat sambutan begitu menggalakkan dan Aruna tidak terkecuali.

Kurang dari 6 bulan revenue mereka naik sehingga 85 kali ganda dan ini membuka mata lebih ramai VC untuk sertai sama.

Pertengahan 2021 mereka dapat lagi tambahan 29.5 juta USD daripada VC yang diketuai East Venture dan disebabkan kepesatan mereka berkembang kurang sebulan mereka dapat lagi 35 juta USD.

Awal tahun ini 2022 VC dari India turut sertai perjalanan mereka dengan dana tambahan 30 juta USD.

Ini menjadikan mereka startup yang paling banyak menerima Series A funding iaitu sebanyak 100 juta USD.

Kalau tanya saya kenapa mereka boleh menarik minat VC ini ada beberapa sebab.

1) Aspirasi founder yang jelas.

2) Mereka join accelerator program (VC kenal company mereka ketika mereka “baby” lagi).

3) Mereka selesaikan isu besar dengan penyelesaian mudah.

4) Founder yang muda (semua bawah 30 tahun) dan team yang begitu semangat untuk misi yang sama.

Semoga Aruna boleh sampai ke Malaysia dengan cepat. Rasanya dah banyak startup Malaysia yang nak selesaikan isu ini tapi tak jadi-jadi. Maybe dengan kehadiran mereka boleh menolong para nelayan kita menambah pendapatan jual terus kepada pelanggan!

BACA: Hanya Ambil Masa 3 Tahun Untuk Capai Tahap ‘Unicorn’, Flash Express Kini Sudah Berada Di Malaysia!

Sumber: Facebook Faridzul Asyraf Mat Arifin