
Syarikat Malaysia Ini Jadi Salah Satu Pengeluar Kondom Terbesar Di Dunia
Tahukah anda syarikat Malaysia ini merupakan pengeluar kondom terbesar di dunia?
Karex Berhad yang berpangkalan di Pelabuhan Klang mencatatkan nama sebagai salah sebuah syarikat pengeluar produk pencegah kehamilan yang terbesar di dunia.
BACA: Kandungan Video Kakak Kondom Dikecam Kerana Mengelirukan
Menghasilkan lebih daripada lima bilion kondom dalam masa setahun, Karex Berhad merupakan syarikat yang turut menghasilkan jenama Durex dan Trustex.
Pernah menjadi sebutan kerana menghasilkan kondom berperasa khusus seperti nasi lemak, rendang dan durian, syarikat ini dimulakan oleh keluarga Goh pada tahun 1920 sebagai sebuah syarikat pemprosesan getah sebelum ditukar kepada pembuatan kondom pada tahun 1980.

Mungkin ramai yang tidak menyangka ianya merupakan syarikat yang diasaskan di Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, sejarah Karex bermula apabila generasi pertama keluarga Goh ‘mendarat’ di Tanah Melayu dari China pada tahun 1920 di kawasan penanaman getah di bahagian Johor sebelum memulakan perniagaan dengan menjadikan getah sebagai tukaran mata wang pembelian.
Melihatkan kepentingan kondom semasa pandemik HIV pada akhir tahun 1980 menjadikan titik permulaan pemprosesan getah kepada produk tersebut sehinggalah berjaya menempa nama sebagai salah sebuah syarikat penghasilan kondom terbesar di dunia.
Sebelum ini tular di media sosial berkenaan dengan kandungan video kakak kondom yang dikecam kerana menyampaikan maklumat yang mengelirukan kepada penonton.
Baca lanjut DI SINI.