Syarikat Ini Tawar Jawatan ‘Tukang Hidu Ketiak’ Dengan Gaji RM8.9 Juta Setahun

Jika anda gemar atau ‘pakar’ dalam kerja menghidu ketiak maka andalah orang yang paling layak memohon jawatan ini. Kedengaran agak tidak munasabah, tapi inilah yang berlaku.

Jawatan sebagai tukang hidu ketiak yang ditawarkan oleh salah sebuah syarikat produk pewangi ketiak atau pun deodoran di Amerika Syarikat ini bukan calang-calang gajinya.

Dengan tawaran gaji setinggi RM8.29 juta (USD2 juta) bersamaan dengan RM690,000 sebulan, anda hanya perlu menghidu ketiak subjek menggunakan kon leper dan menyatakan skor; semakin tinggi skor, semakin kuat bau badan subjek.

Jawatan Tukang Hidu Ketiak 1

Walaupun kajian ini merupakan sebahagian daripada sains, tetapi untuk menghidu bau pada sesuatu bahagian tubuh manusia, ialah adalah sesuatu yang sangat mengerikan, tambah pula jika subjek kajian diminta untuk tidak mandi selama tiga hari!

Princeton Consumer Research merupakan syarikat pemula yang mengetuai ujian terhadap syarikat kosmetik selama 20 tahun dan menukar pengkhususan mereka kepada ujian klinikal deodaran di dunia.

Jawatan Tukang Hidu Ketiak 2

Jika anda rasa anda cukup layak untuk posisi ini, anda bolehlah hubungi mereka DI SINI. Mana tahu boleh terus jadi jutawan selepas setahun.

Sumber: Sin Chew

Dalam banyak-banyak filem P. Ramlee, mana satu yang paling kau orang ingat.

Babak Epik Filem-Filem P. Ramlee

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.

 

 
Ada yang pernah main permainan video ini?

SEKIRO : Shadows Die Twies (2019)

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.