
Syarat Dan Cara Permohonan Pengeluaran i-Sinar Daripada Akaun 1 Sehingga RM60,000
Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang hilang pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan dibenarkan untuk mengeluarkan wang daripada Akaun 1 mereka sehingga RM60,000 dengan cara mohon i-Sinar.
TERKINI: Semua Ahli Terjejas Kini Boleh Keluarkan Wang Akaun 1 Sehingga RM10,000 Dengan i-Sinar
Kemudahan yang diberikan menerusi program i-Sinar ini dikatakan bakal memberi manfaat kepada lebih dua juta ahli dengan jumlah sekitar RM14 bilion kepada yang layak.
10% daripada amaun simpanan KWSP
Kemudahan menerusi program i-Sinar ini membolehkan ahli yang layak mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.
Sebagai contoh, jika anda mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah dalam Akaun 1, maka akses amaun anda yang boleh dikeluarkan ialah sehingga RM9,000.
Pengkreditan secara berkala
Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkaa sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.
Pengkreditan pertama akan dibuat bermula Januari 2021.
“Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan.
Caruman baharu akan dikreditkan 100 peratus ke dalam akaun satu sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula.
Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus bagi Akaun 2.”
– Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alia
Cara mohon i-Sinar:
Permohonan boleh dibuat menerusi i-Akaun KWSP, Jadi pastikan anda sudah memiliki i-Akaun KWSP.
- Daftar masuk menggunakan ID Pengguna dan kata laluan yang didaftarkan.
- Klik pada ikon PENGELUARAN di bahagian atas laman web untuk masuk ke bahagian e-Pengeluaran.
- Klik PERMOHONAN BARU dan pilih jenis pengeluaran i-SINAR.
- Isi maklumat berkaitan dan hantar.
Tarikh permohonan i-Sinar:
Permohonan boleh dibuat mulai Disember 2020 dan amaun akan dikreditkan dalam akaun bank pencarum di hujung bulan.
Umum sedia maklum, akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Akaun 1 dan Akaun 2. Tapi tak ramai yang tahu beza kedua-dua akaun KWSP ini dan masih keliiru mengenainya.
Klik DI SINI untuk membaca.
Harga hartanah yang semakin hari semakin melonjak tinggi menyebabkan ramai daripada kita memilih untuk menyewa daripada membeli.
Cakna dengan masalah yang dihadapi rata-rata rakyat Malaysia ini, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberikan kemudahan kepada ahli KWSP untuk mengeluarkan simpanan di Akaun 2 bagi membiayai pembelian rumah.
Klik DI SINI untuk membaca.