Gangguan Bekalan Air

SYABAS Umum Gangguan Bekalan Air Bermula 24 April, Lihat Kawasan Terlibat

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selangor sekali lagi bakal berdepan dengan gangguan bekalan air.

Jumaat lalu, pihak SYABAS telah mengumumkan bakal melakukan kerja-kerja penambahbaikan fasa 2 bagi Sistem Bekalan Air Loji Rawatan SSP2 selama tiga hari bermula 24 April ini.

BACA: Lelaki Ini Belanja RM10,000 ‘Boring’ Air Untuk Kediamannya Di Kelantan

Kerja-kerja penambahbaikan ini akan menjejaskan bekalan air di beberapa kawasan Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/ Shah Alam, Gombak, Kuala Selangor dan Kuala Langat.

Isi rumah yang tinggal di kawasan terlibat dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi mengelakkan berlakunya kesulitan sepanjang tempoh kerja-kerja penambahbaikan berlangsung.

Untuk maklumat kawasan yang terlibat, sila rujuk gambar di bawah.

1. Kawasan Kuala Lumpur

Gangguan Bekalan Air

2. Kawasan Klang/Shah Alam

Gangguan Bekalan Air

3. Kawasan Gombak

Gangguan Bekalan Air

4. Kawasan Petaling

Gangguan Bekalan Air

Pelanggan yang terlibat turut boleh memuat turun aplikasi Air Selangor di google Play Store dan Apple App Store bagi mendapatkan maklumat lanjut yang akan dikemaskini oleh Pihak SYABAS dari semasa ke semasa.

https://www.facebook.com/airselangor/posts/2470361816327719?__xts__%5B0%5D=68.ARCcS2JcMRlxiWDmSpyZhuwFVxDxdz85hXE4b6g4-evX9oXqvZlqd8TN9c0eUbK1pafKPCb-v2lCalB0LYj-_WPpL8fMAqO4uIY7EG2_0TADrREm3CeIlES0C1GoL17Y-wBXTYw4Dl935mHBVXAvLMPl9xOV2Comr5kTw0Kg8BfzbUFM_ZB_wAJEkWhI0EnzpTWEnZxJgooqFvnu70xvpPGlyWB5J02WrfjivAWjB0dLJmXT56gNztIfohpQtCGUMbRo5x7ItVTSKC4IOcgw2kplrdDj1DmfMRN3UP4SX_TwMd3Vp3ZkhNZF4ypgYbgjtmxCrL3BrBguEpCHr6ch4XFO-EsO&__tn__=-R

Walaupun kerja-kerja penambahbaikan gangguan bekalan air berlangsung selama 14 jam, tempoh pemuliharaan air akan dilakukan secara berperingkat dan bergantung kepada lokasi selepas 14 jam tempoh penambahbaikan.

Para pelanggan turut dinasihatkan untuk mula menyimpan air sebelum 24 April sebagai langkah berjaga-jaga dan bersedia dengan segala kemungkinan.

Tahukah anda, penapis air antara punca bil eletrik semakin tinggi?

Kebiasaanya, apabila berbicara soal bil elektrik tinggi, ramai akan tertumpu dengan penggunaan penyaman udara ataupun alat pemanas air.

Mungkin sudah menggunakan pelbagai cara untuk menjimatkan bil elektrik yang dibaca melalui mana-mana media tetapi tetap juga tidak begitu ketara penurunan bil.

Menurut TNB, mesin penapis air yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk dikenal pasti menjadi antara punca peningkatan bil elektrik terutamanya ketika cuaca panas yang sedang melanda negara.

Ia disebabkan peralatan elektrik yang mempunyai fungsi sedemikian seperti peti sejuk dan alat penyaman udara dan kini penapis air minuman menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu berkenaan terutamanya ketika cuaca panas.

Sumber: Air Selangor