Sweden Guna Tahi Ayam Sebagai Alternatif Baharu Cegah Penularan COVID-19 1

Sweden Guna Tahi Ayam Sebagai Alternatif Baharu Cegah Penularan COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kerajaan wilayah Lund, Sweden telah mengenal pasti satu kaedah baharu dalam mengekang penularan wabak pandemik di sana, iaitu dengan menggunakan tahi ayam.

Dalam mengawal kedegilan penduduk untuk berkumpul dan meningkatkan risiko penularan, pemerintah bandar telah mengarahkan supaya tahi ayam disembur di sekitar kawasan tumpuan ramai.

BACA: Polis India Heret Penduduk Degil Langgar Perintah Berkurung Naik Ambulan Pesakit COVID-19

Untuk tahun-tahun sebelum ini, orang ramai akan berkumpul di taman bersempena dengan festival musim bunga Walpurgis Night yang mana bilangannya boleh mencecah sehingga 30,000 orang dalam satu-satu masa.

Mendapat sokongan penuh daripada ketua bandar, pemerintah bandar memberitahu mereka tidak melarang penganjuran festival tetapi perlu fikir yang terbaik demi keselamatan bandar dan penduduknya.

Sweden Guna Tahi Ayam Sebagai Alternatif Baharu Cegah Penularan COVID-19
Sumber: CNN

Turut menjadikan tahi ayam sebagai baja untuk rumput di taman, Sweden setakat ini telah mencatatkan 24,623 kes positif COVID-19 dengan kadar kematian mencecah 3,040 orang.

Manakala di peringkat dunia, kes positif yang dicatatkan di 212 buah negara dan dua kapal persiaran antarabangsa menghampiri angka empat juta iaitu 3.9 juta dengan kadar kematian sebanyak 270,701 orang, meningkat 20,000 kematian dalam tempoh masa 24 jam.

Sumber: Global News

 

NOTA:

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.