Asing Tempat Tidur

Susah Nak Asingkan Tempat Tidur Sebab Anak Takut ‘Hantu’, Ini Mungkin Sebabnya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Memang selalu berlaku dalam masyarakat kita, kanak-kanak sering ditakut-takutkan dengan kisah momok atau hantu sebagai salah satu taktik ugutan oleh ibu bapa mereka.

Sebenarnya, amalan ini boleh memberi kesan psikologi kepada kanak-kanak tersebut sehingga akhirnya mereka menjadi penakut serta sukar untuk diasingkan tempat tidur setelah mereka meningkat usia kelak.

Sudah tentu juga, kanak-kanak sebenarnya tidak harus dibiarkan sama sekali untuk menonton konten yang ganas dan menyeramkan.

Inilah yang cuba disampaikan oleh Puan Wan Nur Syakira melalui hantaran yang dibuat di Facebooknya berikut yang mengajak para ibu bapa di luar sana agar lebih memandang berat mengenai masalah ini.

Asing Tempat Tidur

PENING SEBAB ANAK TAKUT TIDUR SENDIRI ?

Susah nak asingkan tempat tidur sebab anak takut nak tidur sendiri.

Apa sebabnya? Antaranya,

✅Sebab terbiasa tonton konten/kartun seram dan menakutkan. Cuba check kartun apa yang anak tengok.

Otak kanak-kanak tak mampu beza realiti dan olok-olok.

Imej menakutkan akan cetuskan trauma dan mereka akan terbayang-bayang, itu yang takut gelap, takut bayang besar, takut waktu malam.

Jangan pandang remeh pada kartun dan video yang anak tonton.

✅Satu lagi, budaya menakutkan anak dengan hantu dan raksasa untuk mengawal tingkah laku mereka. BIG NO! Itu bukan sunnah nabi dalam mendidik anak.

“Kakak jangan pergi sana, nanti hantu makan”

“Buat lagi, nanti papa panggil hantu mai ambik adik”

“Dahlah gaduh, mama bagi dekat hantu lah kat sana”

“Dok diam dalam kereta, lalu kubur ni, nanti tinggal kat kubur, baru tau”

Mendidik dengan menakutkan dan ugutan, salah satu red flag dalam komunikasi anak dan ibu ayah. Komunikasi yang tak sihat!

Kalau hari-hari dimomokkan dengan hantu oleh ibu ayah, orang dewasa, memang takutlah nak tidur sendiri.

Kenapa kartun menakutkan tapi anak tetap tengok hari-hari?

Sebab dah ketagih. Dopamine yang keluar dalam otak yang buat anak nak lagi, nak lagi. Lama-lama yang ganas biasa dah tak beri kepuasan, sebaliknya kena lagi ganas dan menakutkan. Itu bahaya!

Dan trauma disebabkan tengok imej ganas macam tu, akan mengganggu tingkah laku seperti jadi seorang yang penakut, agresif, suka tiru aksi ganas. Dan diterjemahkan dalam lukisan pun ada.

Sebab tulah, anak takut tidur sendiri.

Ketakutan yang otaknya consume hari-hari.

Jangan pandang remeh dengan ketakutan anak, selidik dan cari jalan selesaikan dengan harmoni.

Supaya proses asingkan tempat tidur itu jadi proses yang bukan cetuskan trauma pada anak.

Jadi, elakkan konten video kartun yang menakutkan, ganas dan tahyul ditonton anak.

Pantau dan kawal.

#pendidikanseksualitibermuladarirumah
#catatanparentingsyakira

BACA: Trend Menakutkan Anak Mendapat Teguran Pendidik Keibubapaan

Sumber: Wan Nur Syakira