
Suruhanjaya Cadang Grab Didenda RM86 Juta Akibat Menindas
Jika anda mempunyai anak berumur lapan tahun ke bawah, mungkin anda akan menyedari bahawa percutian anda, mengembara secara bacpacker atau jelajah seluruh dunia tanpa ada tanggungjawab selama ini sudah berakhir?
Tidak semestinya.
Anda mungkin tidak dapat mengembara secara bebas seperti zaman bujang. Namun, terdapat beberapa jenis percutian untuk berlibur yang sesuai untuk seisi keluarga.
Sama ada mempunyai anak kecil, pra sekolah atau remaja, terdapat pelbagai pilihan percutian keluarga yang tersedia untuk anda.
1. Berlayar

Anda boleh merancang percutian dengan menaiki kapal Cruise. Selain tidak perlu bimbang untuk menyeret banyak beg dari satu tempat ke tempat lain atau risau tentang jadual makanan dan aktiviti, kapal persiaran adalah pilihan tepat untuk semua penginapan serba lengkap.
Antara aktiviti mengujakan bersama keluarga seperti luncur ais, papan luncur, simulator luncur dan banyak lagi boleh didapati di beberapa kapal persiaran. Sementara anak-anak sibuk dengan dunia mereka, orang dewasa boleh menghabiskan masa di spa, pusat kecergasan atau bersantai di kafe-kafe yang terdapat di atas kapal.
Antara syarikat kapal persiaran yang sesuai untuk seisi keluarga ialah Star Cruises. Syarikat kapal persiaran ini menawarkan lebih daripada lima jenis kapal yang boleh membawa penumpang ke luar negara.
Antara kapal yang ditawarkan oleh Star Cruises seperti Superstar Libra, Superstar Virgo, Superstar Gemini dan Superstar Aquarius. Kapal-kapal persiaran ini akan membawa penumpang ke beberapa destinasi tertentu di Asia antaranya Thailand, Korea, China, Hong Kong, Singapura dan Vietnam.
2. Bermain di taman tema

Anda boleh bawa anak-anak berseronok di taman tema kerana mereka akan ‘sibuk’ untuk bermain semua permainan yang mengujakan dari pandangan mata mereka. Meskipun kebanyakan permainan memerlukan ukuran ketinggian, namun sesetengah taman tema akan ada aktiviti khusus untuk pengunjung muda.
Secara umumnya, taman tema bersifat mandiri dengan mempunyai pelbagai restoran dan kafe untuk anda berbelanja. Beberapa taman tema yang boleh anda kunjungi termasuklah Legoland, Sanrio Hello Kitty Town di Johor, Sunway Lagoon, Lost World of Tambun, i-City dan Taman Tema Genting Highlands.
3. Bersantai di tepi pantai

Satu hari di tepi pantai boleh melepaskan tekanan. Di Malaysia terdapat pelbagai penginapan tepi pantai yang mesra keluarga. Anda dapat lakukan aktiviti keluarga seperti membina istana pasir, berenang di laut atau di kolam renang, snorkeling atau sekadar berjalan di tepi pantai sambil mendengar pukulan ombak.
Sesetengah kawasan peranginan pantai ada menawarkan kelas berenang. Jika anda mahu mengajar anak anda berenang, inilah tempat yang sesuai untuk anda memulakan kelas renang.
Antara pantai Malaysia yang disyorkan seperti Port Dickson (Negeri Sembilan), Batu Feringghi (Pulau Pinang), Langkawi (Kedah), Pulau Pangkor (Perak), Pantai Cherating (Pahang), Pantai Damai (Sarawak) dan Pantai Kelambu (Sabah).
4. Teroka bandar

Jelajah sekitar bandar memberikan keseronokan kepada anak-anak sambil menimba ilmu. Percutian menjelajah sekitar bandar sama ada dalam atau luar negara, tidak menjadi masalah.
Berjalan sekitar bandar anda boleh melawat ke bangunan bersejarah, muzium, pusat membeli-belah, laman seni atau belajar tentang budaya setempat. Sangat bagus jika anak-anak anda minat dengan seni fotografi, boleh mengambil gambar sekitar bandar untuk dijadikan kenangan.
5. Kembali ke alam semula jadi

Percutian paling mudah untuk seisi keluarga adalah melakukan aktiviti berkaitan alam semula jadi. Boleh membawa anak-anak melihat dan mengenali flora dan fauna contohnya di Farm In The City, Taman Bunga dan Bentong Happy Farm.
Selain itu, boleh mengajar anak-anak tentang kemahiran hidup seperti memasang khemah, barbeku dan memancing di sungai.
Justeru, anda masih berpeluang bercuti seperti zaman bujang dan sebenarnya akan bertambah seronok jika meluangkan masa bersama orang tersayang.
Sumber: Star2