
Suruh Cium Kaki, ‘Ustaz Selebriti’ Ajar Pengikutnya Amalan Menyesatkan!
Ajaran salah, menyimpang dan terpesong sering kali didedahkan berlaku melibatkan mereka yang berlindung di sebalik gelaran ‘ustaz’ dan ‘ustazah’.
Sejak adanya media sosial, ajaran golongan ini juga lebih cepat berkembang dan agak merisaukan kerana bilangan pengikutnya juga ramai.
Lebih menyedihkan, orang ramai yang dahagakan ilmu agama termasuk golongan profesional dan korporat juga turut terpedaya dan terpesong hanya kerana tersilap memilih guru.
Peguam dan pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Jailani Abdul Ghani melalui laman Facebooknya telah membuat satu pendedahan yang disifatkannya sebagai boleh menggemparkan negara.
Ikuti hantaran yang dibuat oleh beliau berikut.
TOK GURU AJAR MURID PEREMPUAN CIUM KAKINYA
- Beberapa tahun dahulu saya berceramah di sebuah bank. Selesai ceramah, seorang staf perempuan meminta saya ke suatu sudut yang sedikit jauh kerana ingin bertanya soalan yang agak sensitive kata beliau.
- Beliau memberitahu saya bahawa beliau mengikuti kumpulan seorang ustaz selebriti. Dalam aktiviti mereka, ustaz tersebut mengajar kepada pengikutnya lelaki perempuan supaya mereka mencium kakinya (termasuk staf perempuan yang bertanya soalan ini).
- Staf perempuan ini memberitahu kepada saya bahawa dia rasa pelik dengan aktiviti ustaz tersebut. Dia ingin tahu adakah boleh dia mencium kaki ustaz tersebut.
- Lalu saya memberi nasihat kepadanya supaya menjauhi ajaran tersebut kerana jelas ia adalah tanda awal kumpulan tersebut mengamalkan ajaran sesat.
- Saya memberitahu cara mudah untuk kenal ajaran sesat walaupun menggunakan nama tarekat tertentu, antara lain, mengamalkan pergaulan bebas lelaki perempuan, pengikut perempuan disuruh bersalam dan mencium kaki syeikh dan seumpamanya.
- Saya bertanya kepada beberapa orang yang rapat dengan ustaz selebriti tersebut, mereka mengatakan bahawa mereka dah tahu lama.
- Saya menyangka cerita seperti ini kalau didedahkan akan menggemparkan negara. Rupa-rupanya ramai juga yang mempertahankannya.
- Begitu liciknya syaitan memperdayakan manusia. Golongan professional yang bijak pandai pun diperbodohkan. Golongan hartawan dan tokoh korporat pun terpedaya. Golongan agamawan yang belajar di negara-negara Arab pun boleh tertipu.
والله المستعان
Ahmad Jailani Abdul Ghani
12.04.2022
Keterangan Gambar Hiasan – Antara Contoh Perkara Tidak Senonoh Yang Tersebar.
Sumber & kredit foto: Facebook Ahmad Jailani Abdul Ghani