
Surcaj Parkir Touch ‘n Go Sedia Dihapuskan – KPDNHEP
Monopoli kad pembayaran elektronik Touch ‘n Go telah dibangkitkan dalam Dewan Rakyat pada hari ini oleh Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (MCA-Ayer Hitam). Isu itu dibangkitkan selepas orang ramai melancarkan kempen #MansuhTouchnGo baru-baru ini.
BACA: Sering Bermasalah Punca Netizen Lancar Kempen #MansuhTouchNGo
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penngguna (KPDNHEP) menjelaskan mereka sedia menghapuskan caj 10 peratus Touch ‘n Go di kawasan parkir kenderaan secara berperingkat.
Menurut timbalannya, Chong Chieng Jen berkata penghapusan caj tambahan 10 peratus kad pembayaran elektronik Touch ‘n Go di tempat letak kereta setakat ini tidak dapat dilaksanakan dengan kadar segera kerana ia masih tertakluk kepada kontrak yang dimeterai dengan syarikat berkenaan sebelum ini.
Berkenaan caj 50 sen yang dikenakan kepada pengguna apabila menambah nilai di beberapa lokasi terpilih, katanya caj tersebut tidak diterima oleh Touch ‘n Go sebaliknya penyedia perkhidmatan.

“Sekarang ada pilihan di mana di seluruh negara terdapat lebih 11,000 tempat tambah nilai dan lebih 2,000 tempat di mana pelanggan boleh tambah nilai tanpa caj 50 sen.
“Namun, di tempat lain, ia bergantung kepada perbincangan perniagaan atau business to business discussion yang mana tempat perniagaan yang menawarkan khidmat tambah nilai kad, caj 50 sen itu dikenakan oleh penyedia perkhidmatan.
“Caj 50 sen tersebut tidak dikutip oleh Touch ‘n Go, tapi pengusaha sesetengah stesen minyak atau pasar raya yang menawarkan perkhidmatan itu,” ujarnya.
Antara lokasi tambah nilai tanpa caj tambahan:
– Kaunter khidmat pelanggan Touch ‘n Go
– TNG Spot
– Watsons
– Guardian
– Tesco
– KK Mart
– Caring Pharmacy
Tambah nilai dengan caj tambahan 50 sen:
– Stesen minyak
– Pasaraya
– Kedai runcit
– Mesin ATM
Sumber: Awani
Aksi Gemini Man memang di luar jangkaan.
Gemini Man
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.