
Sunway Beli Tanah Di Kelantan, Bakal Bina Hospital Dengan Kos RM200 Juta
Sunway beli tanah di Kelantan.
28 Julai lalu, Sunway Bhd dilaporkan membeli plot tanah pegangan pajak (leasehold plot) di Kelantan dengan harga RM28.7 juta untuk membina sebuah hospital.
BACA: Rindu Anak, Hilang Kerja Jadi Punca Lelaki Nekad ‘Buat Gila’ Jalan Kaki Dari Shah Alam-Kelantan
Mampu memuatkan sehingga 200 katil, hospital berkeluasan 3.811 hektar itu dikatakan terletak di bandar Kota Bharu dengan kos sebanyak RM200 juta.
Dalam satu kenyataan, Sunway menjelaskan langkah berkenaan adalah salah satu daripada usaha mengembangkan sektor kesihatan kumpulannya di wilayah Pantai Timur.

Menjangkakan perolehan tanah akan selesai pada separuh pertama 2021, plot pegangan pajakan itu dikatakan akan berakhir pada 20 Ogos 2102.
Dalam kenyataan itu juga, Sunway memberitahu kelulusan pengezonan yang diperlukan untuk tujuan pembangunan hospital juga telah diperoleh melalui Bahagian Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) Kementerian Kesihatan Malaysia.
Langkah Sunway beli tanah di Kelantan ini adalah sejajar dengan perancangan kerajaan untuk meningkatkan peluang akses rawatan kesihatan di Malaysia, Sunway Healthcare Group percaya cadangan pembangunan ini tetap akan dilaksanakan.
Dalam usaha merangsang semula pelancongan domestik selepas hampir tiga bulan negara menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Sunway telah menawarkan pakej pelancongan dengan potongan sehingga 70% dalam kempen ‘Ke Sana Ke Sini Ke Sunway’.
Sumber: Dagang News, The Edge Market
Trending now



