Sungai Kim Kim Bahan Kimia

Sungai Kim Kim: TMJ Salahkan Bekas MB Johor Jadikan Pasir Gudang Sebagai Kawasan Perindustrian

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Berikutan tragedi Sungai Kim Kim, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyalahkan bekas menteri besar Johor kerana membenarkan Pasir Gudang dijadikan sebagai kawasan perindustrian tanpa berunding dengan Sultan terlebih dahulu.

BACA: Mangsa Pencemaran Sungai Kim Kim Meningkat Lebih 200 Orang

Natijah kepada kebenaran tersebut, sungai di Pasir Gudang tercemar dengan bahan kimia metana seluas 15 kilometer. sehingga menyebabkan semua sekolah (111 buah) ditutup serta merta oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sungai Kim Kim Bahan Kimia
Sumber: Projek MM

“Siapa menteri besar pada ketika itu? Siapa beri kebenaran dan pertimbangan untuk membuka kilang di Pasir Gudang tanpa memaklumkan kepada DYMM Tuanku Sultan?” – TMJ

Hantaran tersebut dipercayai ditulis sebagai maklum balas beliau kepada kejadian pencemaran bahan kimia sudah mencatatkan jumlah mangsa lebih daripada 500 orang akibat daripada terhidu gas beracun.

Jabatan Alam Sekitar akan mendakwa pengusaha kilang tayar kitar semula yang juga suspek utama kes pembuangan sisa kimia berbahaya secara haram pada hari ini. Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dipenjarakan tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM500,000.

Semalam, dua buah sekolah diarahkan tutup berikutan pencemaran udara akibat pembuangan sisa kimia dengan peningkatan jumlah mangsa secara mendadak kepada 207 orang.

Disebabkan pencemaran kimia berkenaan, orang ramai diminta menggunakan air terawat untuk aktiviti harian dan tidak mendekati kawasan Sungai Kim Kim.

Terkini (3 Disember 2019), Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa insiden pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang adalah buangan berjadual jenis SW311 ‘enap cemar minyak’ daripada kilang pemprosesan tayar.

Melihat pada laporan analisis yang diberikan Jabatan Kimia, ciri-ciri kimia yang terkandung dalam bahan buangan serta proses terhasilnya bahan buangan tersebut mendapati ciri kimia xilena, toulena dan etilbenzena yang menjurus kepada minyak selain daripada ciri kimia d-limonene.

Di sepanjang jajaran kawasan lembangan 15km Sungai Kim Kim, terdapat 274 kilang yang dikenal pasti menyebabkan pencemaran berkenaan sukar untuk dikawal serta menyukarkan pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan dengan berkesan.

Jajaran berkenaan yang berhampiran dengan penempatan manusia termasuk taman perumahan, kampung tradisional serta kampung nelayan.

Sumber: Malay Mail