Dana UNICEF Tak Sepenuhnya Pergi Pada Pertubuhan 1

Sumbangan WWF, UNICEF Tak Sepenuhnya Disalurkan Pada Pertubuhan?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mengambil gambar di tepi pantai tidaklah begitu sukar kerana pemandangan latar belakang laut semestinya sudah cantik. Jadi tidak perlu bersusah-payah mencari sudut (angle) agar gambar kelihatan indah.

Namun, ambil gambar sahaja semua orang boleh buat, tetapi mahu secantik dan segempak gambar seperti instafamous pasti lagi menarik. Kadang-kadang sukar juga mendapat shot yang cantik di pantai kerana warna langit sangat mempengaruhi gambar sehingga akhirnya kita perlu mengedit gambar.

Kami berikan teknik atau trick fotografi di pantai supaya nampak cantik tanpa edit.

1. Jangan ambil gambar ketika cahaya terik

Trick Gambar Di Pantai
Sumber: Unsplash

Cahaya berlebihan akan membuat langit kelihatan putih dan laut nampak pucat menjadikan gambar yang diambil kurang menarik. Waktu terbaik untuk mengambil gambar adalah sebelum jam 9 pagi, ketika langit masih berwarna biru. Jika waktu petang, selepas asar ketika matahari mula terbenam.

2. Jangan pakai baju warna putih jika ambil gambar ketika sunrise atau sunset

Trick Gambar Di Pantai
Sumber: Unsplash

Antara jenis gambar yang diambil, pasti kita mahu gambar teknik bayang (silhouette) ketika matahari terbit atau matahari terbenam. Jadi, elakkan memakai baju berwana putih atau terang untuk mendapatkan hasil yang optimum. warna putih membuatkan bayang-bayang kurang sempurna.

3. Guna tripod supaya gambar tidak gegar

Mengambil di kawasan terbuka seperti di tepi pantai dengan angin yang kuat, membuatkan gambar kelihatan gegar (blur). Jika gambar yang diambil gegar, satu hal pula kita perlu mengedit. Sebaiknya, disarankan gunakan alat seperti tripod atau monopod untuk stabilkan kamera atau telefon pintar anda supaya tidak gegar.

4. Pilih baju warna merah atau kuning

Trick Gambar Di Pantai
Sumber: IDN

Jika tidak menggunakan teknik bayang dan mahu mengambil gambar ketika waktu cerah, pilih baju berwarna merah atau kuning. Dua warna tersebut berlawanan dengan warna biru air laut, makanya warna itu akan nampak lebih menarik dan menghasilkan gambar yang menarik tanpa perlu edit.

5. Ambil sudut lapang dengan pemandangan laut

Trick Gambar Di Pantai
Sumber: IDN

Sudut lapang atau sudut kosong bermaksud mengambil gambar landskap nampak luas. Jadikan laut sebagai gambaran yang menarik. Jangan mengambil objek terlalu dekat kerana akau menghilangkan pemandangan laut.

Boleh cuba guna trick yang diberikan, pasti berbeza dengan cara mengambil gambar sebelum ini. Pantai mana yang cantik untuk shot gambar ya?

Sumber: IDN Times

Yang tidak sihat itulah yang sedap.

7 Makanan Tidak Sihat Namun Jadi Kegemaran Rakyat Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/608487846241858/