Sultan Johor Beri Amaran Akan Bubar Dewan Negeri Sekiranya Wakil Rakyat Masih ‘Gila Rebut Kuasa’ 1

Sultan Johor Beri Amaran Akan Bubar DUN Serta Merta Jika Wakil Rakyat Masih Gila Rebut Kuasa

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini telah memuat naik satu hantaran di Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mengandungi amaran kepada wakil rakyat yang masih gila merebut kuasa dan jawatan bagi kepentingan peribadi.

BACA: Sejarah Sambutan Aidilfitri Awal Sehari Di Perak Dan Johor 37 Tahun Dahulu

Melihatkan keadaan politik yang kucar kacir kini meskipun negara sedang diuji dengan wabak pandemik COVID-19, baginda Sultan Johor meluahkan rasa kecewa kerana kelompok ini seakan tidak peduli akan nasib dan kesusahan yang ditimpa rakyat.

Turut bertegas akan membubarkan Dewan Negeri Johor dengan serta merta sekiranya perebutan kuasa masih lagi berlaku, baginda bertitah akan memberikan peluang kepada rakyat Johor untuk memilih wakil yang baharu yang boleh berkhidmat untuk rakyat dan negeri dan bukannya untuk parti mahu pun diri sendiri.

Sultan Johor Beri Amaran Akan Bubar Dewan Negeri Sekiranya Wakil Rakyat Masih ‘Gila Rebut Kuasa’
Sumber: Malay Mail

“Apabila ada pemimpin yang gila kuasa dan terus merebut jawatan demi kepentingan diri mereka dalam keadaan rakyat yang sedang susah sekarang, mereka (wakil rakyat) langsung tidak peduli dan sanggup menambah lagi derita rakyat.

Saya tidak boleh tengok rakyat saya menderita, dan tidak akan biarkan negeri saya dikucar-kacirkan.

Saya bersumpah untuk menjaga dan membela nasib rakyat dan negeri saya pada setiap masa.

Jika berlaku lagi perebutan kuasa di kalangan wakil rakyat, saya akan bubarkan Dewan Negeri Johor serta merta.

Saya akan berikan peluang kepada rakyat negeri Johor untuk memilih wakil mereka yang baharu, dan saya harap kali ini pilihlah pemimpin yang betul-betul ingin berkhidmat untuk rakyat dan negeri, bukan untuk parti atau diri sendiri.”