Rasuah Dalam Penjawat Awam

Suku Penjawat Awam Sanggup Terima Rasuah Jika Berkuasa – SPRM

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Rasuah merupakan salah satu jenayah kolar putih, iaitu kesalahan yang dilakukan oleh seseorang yang terhormat dan berstatus tinggi dalam karier yang boleh didakwa di bawah undang-undang mahkamah.

SPRM mendedahkan dalam tangkapan sejak 2014 hingga Jun lalu, 46.3% daripada 4,860 yang ditahan kerana kesalahan rasuah adalah terdiri daripada golongan penjawat awam. Manakala lebih 53.4% daripada mereka berumur bawah 40 tahun.

BACA: Tiada Lagi Pemakaian Baju Lokap Oren – SPRM

Kajian yang dijalankan oleh SPRM juga mendpati hampir 22.1% daripada responden penjawat awam memberitahu mereka sanggup untuk menerima rasuah sekiranya berkuasa atau berkedudukan dalam jawatan.

Statistik ini amat membimbangkan yang mana ianya akan memberikan kesan jangka panjang dalam institusi penjawat awam dalam melahirkan individu bebas rasuah, jujur dan amanah.

Rasuah Dalam Penjawat Awam 1

Dari 2017 hingga Jun tahun ini di Terengganu seramai 99 orang individu ditahan kerana terbabit dengan rasuah, dan 53 orang (53.54%) daripadanya adalah penjawat awam. Daripada jumlah tersebut, 10 orang melibatkan penjawat awam negeri dan 43 orang lagi ialah penjawat awam Persekutuan.

BACA: ‘Bar Ribbon’ Latheefa Koya Bukan Pingat Tapi Lencana Pangkat

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya menegaskan pengenalan inisiatif Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) mampu mewujudkan kefahaman serta meningkatkan sokongan daripada Pentadbiran Kerajaan Negeri.

IBR merupakan satu janji yang dibuat oleh kepimpinan organisasi dan warganya atas kapasiti individu untuk sesekali tidak terlibat dengan kesalahan rasuah serta salah guna kuasa.

Jika gejala tidak sihat ini tidak dibendung dari sekarang, maka tidak mustahillah suatu hari nanti ianya akan memberikan kesan kepada ekonomi Malaysia.

Sumber: Astro Awani

Siapa tak pernah makan memang pelik.

Mat Salleh elak makan keropok Durian

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.