Suku Kaum Ini Percaya Makin Tinggi Rumah, Makin Selamat Dari Gangguan Roh Jahat

Kaum Korowai Percaya Makin Tinggi Rumah, Makin Selamat Dari Gangguan Roh Jahat.

Selain menjadi negara kepulauan terbesar di dunia yang terkenal dengan kecantikan dan alam semula, Indonesia turut kaya dengan kepelbagaian budaya.

Negara berkepadatan penduduk lebih 200 juta itu turut terkenal dengan pelbagai ritual mengikut adat resam nenek moyang mereka yang unik dan pelik.

Ada ratusan suku yang tersebar di Indonesia, sebahagian besar dari suku-suku tersebut sudah dapat beradaptasi dengan kehidupan moden. Namun, ada juga yang masih mempertahankan adat resam nenek moyang mereka dan hidup jauh dari peradaban moden.

Tidak hanya dikenali dengan kekayaan flora dan faunanya, Papua salah sebuah daerah di Indonesia masih memiliki pebagai suku dan masyarakat Asli yang masih mengamalkan kehidupan unik.

Memetik sebuah portal berita Indonesia, di sebelah Papua Barat terdapat sekumpulan suku Korowai yang ditemukan sekitar 35 tahun lalu masih mengamalkan adat resam yang agak pelik hingga kini.

Suku Korowai mendiami wilayah Kaibar di Kabupaten Mappi, Papua dan populasi etnik tersebut dianggarkan mencecah 3,000 orang setakat ini.

Suku Korowai Percaya Makin Tinggi Rumah Halau Roh Jahat
Sumber: Kartel Dakwah

Mereka terkenal dengan membina rumah di atas pohon setinggi 15 hingga 50 meter. Dikatakan, tujuan tersebut agar terhindar daripada binatang buas, selain gangguan roh jahat yang dikenali sebagai laleo atau iblis kejam.

Ya, semakin tinggi rumah dibina, semakin selamat seseorang itu daripada gangguan roh jahat.

Suku Korowai Percaya Makin Tinggi Rumah Halau Roh Jahat

Menurut kepercayai suku tersebut, laleo adalah makhkuk jahat yang berjalan seperti mayat hidup dan berkeliaran pada malam hari untuk mengganggu manusia.

Mereka juga menganggap bahawa pembinaan rumah tinggi tersebut adalah warisan leluhur daripada nenek moyang yang wajib dilaksanakan hingga hari ini.

Dari segi pemilihan pokok pula, suku Korowai tidak sembarangan memilih pokok dan akan memilih pohon besar dan kukuh sahaja untuk dijadikan rumah.

Bahagian atas pokok akan ditebang dan dijadikan sebagai ruang utama rumah. Dinding rumah diperbuat daripada batang-batang kayu kecil dan lantainya menggunakan dahan pokok yang kuat.

Proses pembuatan rumah di atas pokok pula kebiasaannya memakan masa selama tujuh hari dengan menggunakan kudrat sekumpulan suku mereka secara berpasukan.

Sehari sebelum rumah mula dibuat, suku Korowai akan melakukan satu ritual terlebih dahulu pada sebelah malam bagi mengusir roh jahat.

Dipercayai, rumah tersebut kebiasaannya akan bertahan selama tiga tahun sahaja bergantung kepada kekuatan bahan-bahan semula jadi yang digunakan.

Selain itu, haiwan liar seperti babi dan anjing hutan merupakan ternakan peliharaan utama suku kaum ini. Malah, mereka menganggap babi memiliki nilai sosial tersendiri dan hanya akan dibunuh untuk tujuan ritual serta acara-acara khusus sahaja.

Sumber: Kosmo!

BACA: Tak Pernah Mandi Tapi Wanita Suku Kaum Ini Dianggap Tercantik Di Afrika