
Sukarno Tertawa Selepas Terdengar Carutan 4 Huruf Daripada Tunku Abdul Rahman
Di internet, ada satu gambar yang memaparkan Sukarno ketawa besar dalam satu pertemuan bersama Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Tokyo.
BACA: Sejarah Ringkas Darurat 12 Tahun Yang Pernah Berlaku Di Tanah Melayu
Tahukah anda dalam ‘kegembiraan’ yang dirakamkan tersebut sebenarnya ada kisah carutan di sebaliknya?
Kisah yang dirakamkan Pak Melan atau Tan Sri Melan Abdullah selaku Ketua Pengarang Utusan Malaysia pada ketika itu ada ditulis dalam sebuah buku tulisan seorang lagi bekas Ketua Pengarah Utusan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang bertajuk Hari Itu Sudah Berlalu.
Dalam catatan buku tersebut, ada menceritakan mengenai Tunku Abdul Rahman yang mencarut di hadapan bekas Presiden Indonesia, Sukarno dan para wartawan asing selepas sidang konfrontasi Malaysia -Indonesia gagal.
Selepas persidangan konfrontasi yang berlangsung di Tokyo, Jepun pada 1963, Tunku Abdul Rahman dan Sukarno yang baru keluar dari dewan diserbu para wartawan yang mahukan perkembangan perbincangan tersebut.
Mungkin kerana geram didesak beberapa kali supaya tersenyum sambil mengucapkan cheese, Tunku Abdul Rahman akhirnya mencarut dengan perkataan Melayu yang terkenal dengan empat huruf menyebabkan ketawa Sukarno meletus dan disusuli dengan ketawa Tunku Abdul Rahman sendiri.
BACA: Kalau Malaysia Guna ‘Babi’, Kenapa Indonesia Pilih ‘Anjing’ Sebagai Kata Makian?
Ketawa keduanya makin hebat apabila salah seorang wartawan bertanya, “is that cheese, Tunku?” dan disambut dengan jawapan Tunku Abdul Rahman, “ya, ya something smell like cheese.”
Konfrontasi Malaysia-Indonesia tercetus apabila Indonesia yang pada ketika itu di bawah pimpinan Sukarno mendakwa pembentukan Malaysia hanyalah imperialisme barat dan neokolonialisme.
Selain Indonesia, Filipina merupakan antara negara yang menentang keras idea dan cadangan pembentukan Malaysia yang menggabungkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura (sebelum 1965) kerana tuntutan kepada Sabah yang didakwa sebahagian daripada Filipina.
BACA: Kenapa Filipina Rasa Mereka Layak Untuk Tuntut Sabah?
Tidak berdiam dengan tuduhan Sukarno antaranya menuduh rakyat di Tanah Melayu hidup sengsara sehingga terpaksa makan jagung dan tikus, Tunku Abdul Rahman menjawab bahawa mereka (rakyat Tanah Melayu) sebenarnya sedang menari, berjudi, minum-minum dan berpoya-poya.

Perang mulut yang berlaku inilah yang membawa kepada slogan Ganyang Malaysia oleh Indonesia.
Namun konfrontasi Malaysia-Indonesia ini merupakan salah satu daripada usaha pendamaian antara keduanya yang berlangsung sebanyak empat kali antara tahun 1963 hingga 1964.
Kisah Tunku Abdul Rahman mencarut di hadapan Sukarno dan wartawan tidak disiarkan di mana-mana akhbar pada ketika itu namun ianya sudah tersebar luas. Biarpun keduanya ketawa, hubungan Malaysia-Indonesia masih tidak pulih sehinggalah selepas kejatuhan Sukarno.