Pingat Emas Malaysia Ditarik Sukan SEA 2019 5

Sukan SEA 2019: Rentetan Siri ‘Rompakan’ Pingat Emas Milik Malaysia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sukan SEA 2019 yang berlangsung di FIlipina tidak lekang daripada terus dilanda kontroversi terutamanya dalam pengadilan berat sebelah kepada pasukan Malaysia.

BACA: Sukan SEA 2019: Filipina Dikritik Hebat Berikutan Isu Kemudahan Dan ‘Venue’ Serba Daif

Bermula semalam, sudah dua kali pingat emas Malaysia ‘dirompak’ pihak pengadil Sukan SEA daripada pasukan negara.

1. GIMRAMA

Kontinjen negara melahirkan bantahan mereka terhadap keputusan juri dalam acara aparatus riben wanita apabila pada awalnya atlet tuan rumah, Daniela Dela Pisa menerusi aparatus gegelung yang mempunyai beberapa kesilapan.

Bantahan tersebut membuahkan hasil apabila dua gimnas negara, Koi Sie Yan dan Izzah Amzan meraih dua pingat emas dengan kumpulan mata sama iaitu 15.200.

BACA: Pecah Rekod Kebangsaan 12 Tahun, Andre Anura Lakar Sejarah Sukan Lompat Jauh Malaysia

Pada awalnya, Sie Yan diangkat sebagai pemenang dengan alasan markah rutin atlet berusia 20 tahun itu lebih tinggi, namun keputusan berubah selepas Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Seri Norza Zakaria melakukan bantahan.

Berdasarkan peraturan pertandingan, atlet yang meraih jumlah mata sama harus diberi kemenangan bersama seperti yang pernah berlaku di Sukan SEA sebelum ini.

Pingat Emas Malaysia Ditarik Sukan SEA 2019 3

Kemudiannya, selepas acara tertangguh selama sejam, kedua-duanya diumumkan sebagai pemenang pingat emas. Untuk Sie Yan, ini adalah emas kedua beliau yang dikongsi selepas acara di Singapura pada 2015.

Namun semalam menerusi kedudukan pingat baru di laman web rasmi Sukan SEA 2019 FIlipina, pingat emas Izzah ditarik Jawatankuasa Pengajur Suka SEA Filipina (PHISGOC) dan beliau hanya diberikan perak.

Pingat Emas Malaysia Ditarik Sukan SEA 2019 2

Keputusan ini pastilah menyebabkan Datuk Megat selaku ketua kontinjen negara mahu mendapatkan penjelasan lanjut berhubung keputusan itu.

Malah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq turut menyifatkan ianya adalah satu keputusan tak masuk akal oleh penganjur dan tidak akan bertolak ansur mengenainya.

Terkini (10 Disember): Datuk Megat memaklumkan pingat emas Izzah dipulang semula selepas penganjur bersetuju dengan klausa dalam buku peraturan Sukan SEA.

2. LARI BERPAGAR

Atlet 110 meter lari berpagar, Rayzam Shah Wan Sofian terpaksa menguburkan keterujaannya dalam mempertahankan pingat emas untuk skuad Malaysia di Sukan SEA Filipina 2019 seperti dua tahun lalu.

Pingat Emas Malaysia Ditarik Sukan SEA 2019 1

Rayzam dan Bautista, atlet tuan rumah melintasi garisan penamat dengan catatan masa yang sama iaitu 13.97 saat namun disebabkan keputusan photo finish, ianya telah memihak kepada Bautista.

https://www.instagram.com/p/B52VlW9HQNs/

Biarpun hanya berjaya meraih pingat perak, usaha Rayzam yang juga pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 13.67 saat ini wajar diberikan pujian kerana beliau masih mampu beraksi dengan penuh tenaga walaupun masih belum pulih sepenuhnya di tangan kanan selepas terjatuh di Grand Prix Malaysia April lalu.

BACA: ‘Bangga’ Dengan Penganjuran Sukan SEA 2019, Majlis Olimpik Asia Cadang Filipina Bida Sukan Asia 2030

Disebabkan ketidakadilan tersebut, ketua jurulatih olahraga negara, Manshahar Abdul Jalil memberitahu selain daripada melakukan bantahan secara lisan dan bertulis kepada juri, mereka juga akan membawanya ke Panel Abritasi Persekutuan Sukan SEA (SGF).

Pingat Emas Malaysia Ditarik Sukan SEA 2019

Malah permohonan untuk melihat video juga tidak dibenarkan oleh pihak teknikal dan penganjur sebaliknya hanya diberikan satu gambar hitam putih dan bukannya berwarna seperti sepatutnya.

Malah, pihak penganjur hanya memberikan mereka pandangan sudut sebelah kanan yang memperlihatkan seolah-olah Bautista di hadapan Rayzam tetapi pandangan dari sudut sebelah kiri tidak diberikan.

Sukan SEA 2019 yang yang diacarakan di Filipina bukan sahaja dilanda kontroversi kerana kedaifan venue perlawanan tetapi juga kelewatan serta ketidak profesional mereka mengatur perjalanan kontinjen beberapa negara sehingga menimbulkan isu kelewatan menjemput di lapangan terbang dan tersalah penginapan.