
Sukan Menampar Buat Pertama Kalinya Dianjurkan Di Siberia
Biasa anda lihat sukan menampar hanya ada dalam rancangan hiburan sahaja kan?
Tapi kali ini secara rasminya buat pertama kali, negara Siberia akan menganjurkan Pertandingan Menampar Lelaki atau Male Slapping Championship di festival sukan Siberian Power Show.
Dalam pertandingan tersebut, peserta lelaki akan mengambil giliran menampar pihak lawan di pipi sehingga salah seorang daripada mereka mengaku kalah atau sudah layak untuk bertanding.
Di tengah-tengah peserta, satu kotak tinggi diletakkan supaya peserta dapat mengimbangkan badan mereka sebagai sokongan setiap kali selepas menerima tamparan dari pihak lawan.
Berbeza dengan sukan seperti tinju, peserta sukan menampar ini tidak boleh mengelak daripada serangan pihak lawan tetapi ‘menikmati’ setiap tamparan yang diberikan.
Pemenang daripada sukan menampar ini ialah Vasiliy Kamotskiy (berbaju gelap) yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak USD470 (+-RM1,903).
Akan tetapi, sukan menampar ini merupakan salah satu sukan yang tergolong dalam sukan paling brutal di dunia kerana bukan sahaja menyakitkan tetapi memalukan untuk pihak yang kalah.
Yang hairannya bagaimana ‘aktiviti’ menampar ini boleh dikategorikan sebagai sukan? Jadi adakah pemainnya boleh kita gelar sebagai atlet?
Tidak dikelaskan mengikut saiz badan mahu pun berat badan, sukan ini dilihat sedikit tidak adil terutamanya jika salah seorang daripada pemainnya mempunyai saiz badan yang lebih besar daripada lawannya.
Kalau anda rasa nak buat di Malaysia, dengar dulu apa kata dan sudut pandang daripada mufti.
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri, berdasarkan pengamatannya sukan ini adalah haram untuk umat Islam kerana boleh mendatangkan kebinasaan, iaitu kecederaan hingga membawa maut.
Perkara ini turut menyalai sunnah Nabi Muhammad SAW yang menyuruh umatnya memuliakan bahagian muka kerana bahagian tersebut adalah lembut dan menghimpunkan segala keelokan seperti dalam Riwayat al-Bukhari dan Muslim:
“Apabila seseorang kamu berperang, jauhilah dari (mencederakan) muka.”
Jadi masih ke mahu bawa ke Malaysia? Lupakan sahajalah, lagi pula sukan ini sepertinya macam tak bawa faedah.
Sukan: 9GAG,