Sederhana Tapi Penuh Makna, Ini Kelebihan Sugu Pavithra Yang Tiada Pada Youtubers Lain

Sugu Pavithra Mahu Jalani Kehidupan Orang Biasa, Tak Mahu Ada Kaitan Lagi Dengan YouTube

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Terjawab segala tanda tanya netizen apabila YouTuber masakan terkenal, Sugu Pavithra telah memadamkan semua video masakan yang pernah dimuat naik di laman YouTube pada Sabtu, telah membuat keputusan untuk tidak ada kaitan lagi dengan laman media sosial itu.

M Sugu, 29, berkata semua video pernah dimuat naik sebelum ini dalam saluran YouTube bersama isteri, S Pavithra, 28, dipadam kerana mereka enggan lagi terbabit dengan perkara yang boleh meraih perhatian umum.

“Kami tidak mahu lagi ada kena-mengena dengan Youtube,” katanya ringkas kepada media.

Katanya, mereka kini hanya mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan menjalani kehidupan seperti orang biasa.

“Ramai lagi YouTuber masakan yang lagi hebat dan bagus. Kami hanya mahu memberi tumpuan kepada keluarga,” katanya.

Buat masa ini, Sugu berkata mereka berdua masih belum memikirkan perancangan seterusnya.

Sederhana Tapi Penuh Makna, Ini Kelebihan Sugu Pavithra Yang Tiada Pada Youtubers Lain 1

Sepanjang tempoh mengendalikan saluran itu, mereka telah berkongsi 98 video yang meraih lebih 34 juta tontonan.

https://www.facebook.com/odisimy/photos/a.1530501650416379/1988437847956088/?type=3&theater

Pavithra baru-baru ini menjadi perhatian seluruh negara berhubung konflik yang berlaku ke atas dirinya dan suami sejak beberapa hari lalu.

Suaminya, M. Sugu, 29, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Pavithra di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, pada 21 Julai lalu.

Pasangan suami isteri itu sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanya mahu menjalani kehidupan di masa hadapan seperti orang biasa.

Mereka enggan lagi dikenali sebaliknya hanya mahu menumpukan perhatian kepada keluarga.

Sehubungan itu, Pavithra meminta supaya mereka tidak lagi diberi sebarang anugerah di masa hadapan kerana merasakan mereka masih baharu dan tidak layak.

KEMASKINI:

Dilaporkan, pasangan ini akan membuat kemunculan semula di saluran YouTube mereka, selewat-lewatnya pada petang ini jika segala perbincangan dengan beberapa pihak selesai.

Sumber: BH