
Sudu Tak Sampai Mulut Tapi Dah Kata Sedap, Video ‘Food Review’ Lelaki Ini Buat Netizen Terhibur
Dalam dunia serba teknologi ini, YouTuber merupakan pekerjaan yang semakin popular dalam masyarakat, antaranya video food review.
Dalam persaingan yang semakin sengit, setiap YouTuber perlu ada sifat kreatif supaya mampu menarik orang ramai untuk menonton video yang dimuat naik di saluran.
Yang terbaharu, satu saluran YouTube yang semakin popular iaitu KV Studio menjadi tular selepas video food review mereka disunting dan dimuat naik di laman media sosial.
Makanan belum pun masuk dalam mulut, tetapi dah direview sebagai sedap.
https://twitter.com/hansvii_/status/1295679585653100544?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1295679585653100544%7Ctwgr%5E&ref_url=https%3A%2F%2Fhimpunanceritalawak.com%2F2020%2F08%2F19%2Fvideo-food-review-lelaki-ini-bikin-ramai-gelak-besar%2F
Telatah lelaki ini nyata menghiburkan netizen apabila disertakan sekali dengan gaya yang mencuit hati.

Sejak dikongsikan pada 18 Ogos lalu, klip video ini telah pun mendapat ulang ciap sebanyak 5,700 kali dan disukai 4,800 akaun.
Kali ini berjaya masuk mulut dan terbukti sedap.
— afiqxzulhilmi🇲🇾 (@afiqxzul) August 18, 2020
Sebelum ini, seorang YouTuber Indonesia yang menamakan saluran YouTubenya dengan nama Sobat Miskin Official berjaya menarik orang ramai untuk menonton video berdurasi dua jam 20 minit hanya dengan tidak berbuat apa-apa.
Video ‘2 Jam Nggak Ngapa-Ngapain‘ yang dimuat naik 10 Julai lalu pada awalnya menjadi tular di Indonesia kemudiannya tersebar di Malaysia. Baru satu minggu dimuat naik, jumlah tontonan yang diraih lelaki ini sudah pun mencapai 600,000.
BACA: Video ‘Tak Buat Apa-Apa Selama 2 Jam’ Ini Berjaya Raih 3 Juta Tontonan Dalam Masa Sebulan
Di ruangan deskripsi, lelaki tersebut memberitahu tujuan beliau memuat naik video tersebut adalah kerana didesak subscibernya yang mahukan beliau mendidik anak muda.
Dengan berat hati akhirnya terhasillah video ‘tak buat apa-apa selama dua jam’ ini. Beliau menyerahkan kepada penonton sama ada mendapat manfaat atau pun tidak daripada menonton video tersebut.
Terkini, China dilihat sudah mula menentang video mukbang di media sosial.
Presiden Xi Jinping menggesa rakyatnya supaya tidak membazirkan makanan dengan melancarkan kempen Pinggan Bersih.
Menjadi perhatian kerajaan China, berikutan perang ekonomi dengan Amerika Syarikat serta banjir dikhuatiri akan mengakibatkan berlakunya kekurangan bekalan makanan. Kata Xi Jinping, COVID-19 telah ‘memberi amaran’ mengenai pembaziran makanan dan meminta rakyatnya perlu ‘ada kesedaran tentang krisis bekalan makanan’.
Trending now



