
Sudah Wujud Lebih 30 Tahun, Ini Pertama Kali Akta 342 Diguna Pakai Di Malaysia
Tahukah anda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sudah wujud sejak 32 tahun lepas lagi?
Mendapat perkenan diraja pada 13 Ogos 1988, pada 8 September 1988 Akta ini disiarkan di dalam Warta. Selepas lebih 30 tahun wujud, buat pertama kalinya akta ini diguna pakai di seluruh negeri Malaysia bermula 18 Mac 2020 kecuali Sarawak yang mempunyai aktanya sendiri iaitu Akta Kawalan Penyakit Berjangkit Sarawak.
Selepas lebih 30 tahun diwujudkan, Akta 342 (Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988) buat pertama kali digunakan di negara kita 🇲🇾 bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.
Info baharu untuk silibus subjek negara.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) June 8, 2020
Selain daripada Sarawak, negeri-negeri lain tidak mempunyai pilihan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob menegaskan negeri-negeri tidak boleh membuat peraturan-peraturan lain kerana dalam Perlembagaan Persekutuan mana-mana akta atau peraturan negeri yang bertentangan dengan akta kerajaan Persekutuan adalah ultra vires.
BACA: Aktiviti Rentas Negeri Kini Dibenarkan Bermula 10 Jun
Kenyataan tersebut dikeluarkan sebagai respon kepada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang akan meneliti keputusan serta ketetapan PKPP terlebih dahulu dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Pulau Pinang sebelum melaksanakannya.

Akta 342 terbahagi kepada enam bahagian iaitu permulaan, pentadbiran, pencegahan pembawaan masuk penyakit berjangkit, mengawal merebaknya penyakit berjangkit, kesalahan dan penalti serta pelbagai.
Baca Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.
Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.
Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.
Trending now



