
Sudah Sah Tarikh Tayangan, Tonton Trailer Teaser ‘Money Heist’ Musim Ke-4
Merupakan siri paling popular di penstriman dalam talian Netflix, ‘Money Heist’ kini bakal memasuki musim ke-4 tayangan.
Pencipta siri ini, Alex Pina mengumumkan tarikh tayangan siri ‘Money Heist’ musim ke-4 adalah pada 3 April 2020 semasa sidang media minggu lalu. Beliau turut mengesahkan untuk siri ke-4 ini, penggambaran sudah pun bermula.
Siri ini mendapat perhatian meluas selepas Netflix memperoleh hak untuk menstrimnya secara global yang mana dua musim awalnya ditayangkan di siaran Antenna 3, Sepanyol sebelum secara penuh di Netflix untuk musim ke-3.
Setakat ini, Netflix memberitahu lebih daripada 34 juta pelanggannya menonton filem ini dan seringkali dikatakan sebagai kunci menarik pelaburan di Netflix.
Turut dikenali sebagai La casa de papel (House of Paper), tonton dahulu teaser trailer Money Heist musim ke-4 pada pautan di bawah:
Manga paling laris sehingga kini.
ONE PIECE : Manga Paling Laris
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.