Sudah 13 Tahun, Kes Nurin Jazlin Tak Pernah Ditutup 3

Sudah 13 Tahun Tapi Kes Nurin Jazlin Tak Pernah Ditutup

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Biarpun sudah 13 tahun berlalu, kes jenayah Nurin Jazlin Jazimin tidak pernah ditutup dan sentiasa aktif.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bukti penting dalam kes berkenaan sentiasa berada dalam bank data Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sehingga kini, pihak polis masih lagi belum mendapat apa-apa petunjuk baharu dan bukti penting seperti DNA masih disimpan untuk rujukan apabila diperlukan kelak dan sekiranya ada tindakan akan diambil.

Sekiranya masih hidup, Nurin Jazlin yang hilang semasa berusia lapan tahun pada 2007 akan menyambut genapnya usia 21 tahun pada 11 September lalu.

Sudah 13 Tahun, Kes Nurin Jazlin Tak Pernah Ditutup 1

Nurin Jazlin yang dilaporkan hilang selepas pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju pada 20 Ogos 2007 dikatakan dilarikan oleh seorang lelaki menaiki sebuah van putih.

Hampir sebulan selepas kehilangannya iaitu pada 17 September 2007, polis menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan di dalam beg pakaian di sebuah premis perniagaan di Jalan PJS 1/48, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor sebelum keputusan ujian DNA mengesahkan mangsa adalah Nurin Jazlin.

Menggemparkan negara sehingga mendapat liputan daripada media luar negara, jasad Nurin Jazlin yang dipercayai meninggal lebih dari enam jam sebelum ditemui dalam kedudukan janin tanpa seurat benang.

Sudah 13 Tahun, Kes Nurin Jazlin Tak Pernah Ditutup 2

Tambah sadis, timun dan terung ditemui dalam kemaluan mangsa hingga menyebabkan jangkitan bakteria dan rektum pecah.

Pada ketika itu, ibu bada Nurin Jazlin tidak dapat mengenal pasti jasad tersebut sebagai anak mereka kerana perubahan pada ciri fizikal selain daripada tiadanya paut vaksin BCG. Namun ujian DNA mengesahkan jasad tersebut sebagai Nurin Jazlin.

Walaupun sudah 13 tahun berlalu, orang ramai masih lagi peka dengan kes ini dan menanti tibanya masa penjenayah ditangkap.