Suami Stress Gaji Isteri Lebih Besar

Suami Akan ‘Stress’ Jika Isteri Bergaji Lebih Besar? Ramai Tak Setuju Dengan Perkongsian Kajian Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ramai wanita di luar sana kini sudah memiliki kerjaya sendiri malah berjawatan lebih tinggi daripada lelaki.

Dapat dilihat rata-rata golongan lelaki masa kini cenderung memilih wanita berkerjaya untuk dijadikan pasangan.

Umum mengetahui tanggungjawab untuk menyara dan menafkahkan keluarga terletak di bahu suami. Maka, tidak hairanlah jika ada dalam kalangan suami yang stress apabila berhadapan dengan masalah kewangan.

Suami stress gaji isteri lebih besar?

Meskipun begitu, menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia, sebuah kajian menunjukkan suami akan stress dan gelisah jika isteri bekerja dan pendapatan mereka melebihi 40 peratus keseluruhan pendapatan keluarga.

Misalnya, apabila suami hanya mempunyai pendapatan sebanyak RM3,000 manakala isteri mempunyai pendapatan sebanyak RM10,000. Keadaan ini membuatkan suami akan lebih tertekan kerana keluarga bergantung penuh kepada pendapatan isteri.

Suami akan mula gelisah apabila masing-masing mempunyai pendapatan sebanyak RM3,000.

Namun, suami akan berasa kurang tertekan sekiranya pendapatan isteri kurang daripada 40 peratus. Contohnya, apabila suami hanya mempunyai pendapatan sebanyak RM3,000 manakala isteri mempunyai pendapatan sebanyak RM2,000.

Katanya, kemungkinan inilah punca mengapa lelaki kurang gemar mencari pasangan yang mempunyai sumber kewangan yang lebih tinggi daripada mereka.

Suami Stress Gaji Isteri Lebih Besar
Sumber: Public Health Malaysia

Melihat pada ruangan komen, ramai memberi pandangan tidak bersetuju dengan kajian berkenaan yang dianggap tidak relevan.

Ada yang turut berkongsi si suami merasa gembira kerana isteri boleh membeli apa yang mereka inginkan tanpa perlu membebankan suami.

Suami Stress Gaji Isteri Lebih Besar

Suami Stress Gaji Isteri Lebih Besar

Di sinilah perlunya suami isteri saling berbincang dan membuat timbang tara sebaiknya. Jangan pula suami yang mengambil kesempatan ke atas isteri yang memiliki pendapatan lebih tinggi.

Apa yang penting, sama-sama tahu mengenai tanggungjawab dan menghargai pengorbanan masing-masing.

Difahamkan, ia merupakan hasil sebuah kajian selama lebih 15 tahun di Amerika Syarikat terhadap 6,000 pasangan suami isteri.