Studio MPC tutup Operasi 1

Studio MPC Tutup Operasi Selepas Projek Reka Bentuk Semula Imej Sonic

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Filem Sonic the Hedgehog merupakan salah satu filem yang paling dinantikan pada tahun hadapan terutamanya buat peminat dan pengikut ini.

BACA: Tonton Trailer Rasmi ‘Sonic The HedgeHog’

Filem ini pernah menerima kritikan hebat disebabkan reka bentuk Sonic yang hampir sama seperti manusia dan sangat berbeza dengan karakternya di dalam permainan video.

12 Disember lalu, industri reka bentuk antarabangsa digemparkan dengan berita bahawa pihak yang bertanggungjawab dalam reka bentuk Sonic iaitu Moving Picture Company (MPC) bakal menutup operasi studio mereka di Vancouver, Kanada.

Studio MPC tutup Operasi

Menurut sumber, penutupan operasi adalah disebabkan isu pencabulan hak pekerja yang dipaksa bekerja lebih sama sehinggakan ada antara mereka yang terpaksa bekerja selama 17 jam sehari tanpa diberikan cuti.

MPC kemudiannya menjelaskan mereka berdepan dengan ‘tekanan pasaran luar’ dan ‘peluang yang lebih menarik’, bukan seperti yang didakwa.

Walaupun pernah memenangi Academy Awards bagi filem Life of Pi, dan berperanan besar dalam filem-filem popular seperti Detective Pikachu, The Lion King, Justice League dan sebagainya, ramai yang percaya reka semula filem Sonic telah memberikan kesan kepada pereka bentuk MPC yang membawa kepada penutupan operasi mereka.

Sumber: Studio Daily