
Stephen Lang Kembali Sebagai Blind Man Dalam ‘Don’t Breathe 2’
Mencipta fenomena sehingga disebut sebagai filem seram terbaik Amerika dalam tempoh 20 tahun, filem lakonan hebat Stephan Lang, Don’t Breathe (2016) kini sudah pun ditayangkan sekuel keduanya di pawagam.
Dalam filem kedua ini, Stephan masih membawa watak Norman Nordstrom yang buta kedua belah matanya.
Seringkali diremehkan semua orang kerana kekurangannya, Norman sebenarnya seorang lelaki yang sangat mengerikan dan sentiasa tenang hadapi apa jua keadaan untuk memiliki apa yang beliau kehendaki.
Dalam sisi perwatakan yang lain, Norman tidak peduli sama ada orang atau pun apa-apa perkara yang menghalangnya akan dihapuskan.
Plot lapan tahun kemudian, Norman tinggal bersama seorang kanak-kanak perempuan, Pheonix (lakonan Madelyn Grace) berusia 11 tahun yang digelar sebagai anak perempuannya.
Di saat beliau mula ‘mendapatkan semula’ kebahagian berkeluarga selepas kematian keluarganya dahulu, sekali lagi rumahnya diceroboh.
Mendapat rating 45% daripada Rotten Tomatoes, dan 6.1/10 dari IMDb, apa kata anda tonton sendiri filem ini di pawagam.
Menonton babak post-credits, seakan penonton boleh jangkakan sekuel ketiga Don’t Breathe biarpun masih tiada pengumuman mengenainya lagi.
Filem seram thriller ini merupakan filem arahan Fede Alvarez bersama Sam Raimi dan Robert Tapert, serta ditulis bersama Alvarez dan Rodo Sayagues.
Trending now



