
Standard Chartered KL Marathon 2019 Disenarai Acara Larian Paling Hambar Di Dunia
Acara larian atau marathon antara aktiviti yang sering mendapat sambutan hangat khususnya golongan belia. Ia menjadi trend anak muda masa kini bagi mengisi masa lapang dan beriadah bersama rakan mahupun keluarga.
Antara acara larian popular di Malaysia ialah Standard Chartered KL Marathon dengan disertai beribu peserta dari dalam mahupun luar negara. Bagaimanapun, Standard Chartered KL Marathon yang diadakan untuk tahun 2019 ini disenaraikan acara larian paling hambar di dunia.
Senarai itu berdasarkan sebuah kajian daripada The Sole Supplier, yang dilakukan oleh pelatih dan laman berita yang berpangkalan di United Kingdom. Standard Chartered KL Marathon hanya menerima 3.69/10 – mata terendah dari 81 acara larian di seluruh dunia.

Pemarkahan terendah itu berpunca daripada masalah pencemaran udara, iklim panas, purata masa tamat yang rendah dan kekurangan bantuan perubatan sepanjang acara itu dijalankan.
Acara larian yang turut disenaraikan termasuk IDBI Federal Life Insurance New Delhi Marathon dan StanChart’s Singapore Marathon dengan masing-masing dikedudukan kedua dan ketiga paling hambar.

Menurut The Sole Supplier, kedudukan senarai itu merangkumi faktor-faktor seperti kualiti udara, altitud, purata masa penamat, purata suhu dan taburan hujan, yuran penyertaan, bantuan perubatan, tandas dan lain-lain.
Kedudukan merosot ini turut melibatkan insiden dua peserta larian Standard Chartered KL Marathon cedera dilanggar sebuah kereta jenis Honda City yang terbabas di laluan larian, menyebabkan kedua-duanya jatuh di atas jalan raya.
Manakala acara larian di Singapura menerima kritikan apabila memilih untuk mengadakan larian pada salah satu malam tersibuk di musim cuti akhir tahun negara itu.
The Sole Supplier turut menyenaraikan acara larian terbaik di dunia untuk tahun 2019:
Sumber: The Sole Supplier