
Stadium Sultan Ibrahim Lakar Sejarah Sebagai Yang Tercanggih Di Asia Tenggara
Malam semalam menyaksikan Johor melakar sejarah mempunyai stadium tercanggih di rantau Asia Tenggara dengan acara pelancaran Stadium Sultan Ibrahim oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
BACA: Johor Pilih Harimau Selatan Sebagai Maskot Rasmi Sukma XX 2020
Dengan perasmiaan berkenaan, maka JDT secara rasmi akan menggunakan stadium tersebut untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) yang akan bermula hujung bulan ini dan menentang Kedah pada aksi pembuka tirai Liga Super serta merebut Piala Sumbangsih.
Tunku Ismail selaku pemilik JDT jelas teruja dengan pelancaran stadium yang dibina dengan nilai RM200 juta sejak Januari 2016 dengan kapasiti penonton seramai 40,000 orang.
https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/132265608095464/
Terlibat secara langsung dalam proses pembinaan Stadium Sultan Ibrahim, baginda sentiasa memastikan agar stadium ini menerima cahaya matahari yang cukup bagi kebaikan pertumbuhan rumput selain daripada memastikan kepingan cermin di keliling kawasan dalam stadium dirapatkan ke kawasan kerusi penonton dengan padang dan meletakkan lampu LED berwarna merah, biru dan putih di luar stadium untuk pencahayaan.

Dibina di atas tanah berkeluasan 28 hektar dan merupakan sebahagian daripada perancangan Bandar Sukan JDT, reka bentuk stadium yang diilhamkan daripada bentuk daun pisang ini mencapai piawaian badan induk bole sepak antarabangsa (FIFA) turut dilengkapi dengan sistem pencahayaan moden dan sistem bunyi yang canggih.
Sumber: Harian Metro
Trending now



