
Stadium Bola Sepak Moden Bakal Dibina Di Putrajaya
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumkan bakal membangunkan sebuah stadium bola sepak moden di Presint 5, Putrajaya bersama-sama ibu pejabat baharu FAM.
Beliau berkata, ia selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan presint itu sebagai pusat sukan menerusi kewujudan Bandar Bola Sepak (Football City), yang menempatkan ibu pejabat FAM, sambil diapit Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF).
Tapak seluas 13 ekar itu bakal dijadikan Pusat Latihan Kebangsaan FAM, selepas diwartakan sebagai padang untuk bola sepak oleh Kerajaan Persekutuan, menerusi Perbadanan Putrajaya (PPj).

Tujuan utama FAM untuk membina pusat latihan berkenaan adalah menyediakan kemudahan latihan bertaraf dunia, menepati tuntutan moden bertujuan memberi suasana prestasi tinggi demi kegunaan pasukan elit tanpa mengetepikan komuniti Putrajaya.
Pusat latihan berkenaan turut membina taman rekreasi sekitar kawasan itu untuk penduduk setempat.
“FAM juga mengambil kira tuntutan masyarakat setempat, selain pentingnya sebuah stadium bertaraf antarabangsa yang boleh dijadikan gelanggang perlawanan antarabangsa,” kata Hamidin.
Sumber: Awani
Begini rupanya kendali permainan video.
BALIK TABIR : Permainan Video
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.