sri lanka

Sri Lanka Muflis, Penunjuk Perasaan Jumpa Wang Tunai Jutaan Rupee Dalam Kediaman Presiden

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kerajaan Sri Lanka dilaporkan telah lumpuh serta merta apabila penunjuk perasaan menyerbu Istana Presiden, Gotabaya Rajapaksa di Colombo. Asbab pencerobohan ini, Presiden telah melarikan diri ke lokasi yang tidak diketahui.

Para penunjuk perasaan terkejut dengan penemuan sejumlah wang besar di dalam istana tersebut. Ini menyebabkan rakyat Sri Lanka mempersoalkan asal usul duit yang sebanyak itu ditengah-tengah krisis ekonomi yang melarat di negara tersebut.

Wang yang ditemui penunjuk perasaan telah diserahkan kepada badan keselamatan. Mereka memecah masuk istana, merobohkan penghadang polis, berenang di dalam kolam renang serta menggeledah segala sudut dalam istana tersebut.

Ketua Staf Pertahanan (CDS), Jeneral Shavendra Silva menggesa rakyat Sri Lanka memberi sokongan kepada angkatan tentera dan polis bagi mengekalkan keamanan di negara tersebut.

sri lanka

Rumah persendirian Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe dipecah masuk dan dibakar oleh penunjuk perasaan. Pihak polis terpaksa menggunakan merian air dan gas pemedih mata bagi meleraikan penunjuk perasaan.

Wickremesinghe dilantik menjadi Perdana Menteri Sri Lanka pada Mei lepas, namun telah mengumumkan pengundurannya bagi menjamin kestabilan negara. Gotabaya Rajapaksa juga dilaporkan turut ingin melepaskan jawatan Presiden miliknya.

BACA: Kenapa Ekonomi Melayu Masih Mundur Walaupun Banyak Inisiatif Dilaksanakan? Ini Jawapannya