SPRM MC Palsu Rasuah

SPRM Kongsi Video Sketsa Beli MC Palsu Adalah Kesalahan Rasuah, Netizen Beri Reaksi Sebaliknya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

SPRM Kongsi Video Sketsa Beli MC Palsu Adalah Kesalahan Rasuah.

Rasuah bukan masalah baharu di negara kita. Walaupun tangkapan demi tangkapan dibuat oleh pihak berkuasa, golongan yang memberi dan menerima rasuah ini tidak pernah serik.

Di Malaysia, masalah rasuah di agensi kerajaan dan dalam kalangan penjawat awam acap kali disiarkan dalam media massa, sama ada media elektronik atau media cetak (khususnya kes tangkapan, sebutan kes dan perbicaraan kes rasuah).

Rasuah hadir dalam pelbagai bentuk, contoh yang popular digambarkan seperti mengambil sijil cuti sakit (MC) palsu.

Mungkin insiden ini kerap kali berlaku, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memuat naik sebuah video sketsa menerusi akaun media sosial mereka yang bertujuan untuk memberi peringatan dan iktibar kepada masyarakat.

SPRM MC Palsu Rasuah

Berdasarkan video itu, ‘pesakit’ telah memberi rasuah kepada pegawai kesihatan bagi membolehkan dirinya mendapatkan sijil cuti sakit walaupun telah disahkan dirinya masih sihat.

Sedia maklum, mengemukakan dokumen palsu termasuk sijil sakit dianggap kesalahan bawah Seksyen 18 Akta SPRM, yang melarang sebarang dokumen mengandungi butiran tidak benar.

Netizen beri reaksi sebaliknya

Meskipun perkara ini juga perlu masyarakat cakna, rata-rata netizen memberi respon tidak puas hati dengan mempersoalkan tentang isu yang dipilih oleh pihak SPRM.

Ramai mengatakan adalah lebih baik SPRM membawa isu-isu yang lebih besar atau isu semasa yang sedang berlaku ketika ini.

“Kalau betul serius nak tangani rasuah, buatlah video pengarah penguatkuasa terima share syarikat besar-besar yang ada projek juta-juta tu..”

Terdahulu, enam pekerja kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang atas dakwaan memalsukan sijil sakit.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

BACA: Muka Dan Nama Pesalah Rasuah Malaysia Ditayang Satu Dunia