SPRM Dedah Wujud Rasuah Dalam Urusan Pengambilan Pekerja Asing

Merujuk kepada statistik yang dikeluarkan oleh Portal Data Terbuka Malaysia, sehingga Ogos 2019 lebih daripada 2 juta pekerja asing sudah berada di Malaysia dengan purata paling ramai adalah di negeri Selangor iaitu seramai 608,308 orang.

BACA: Timbalan Pengarah Jabatan Kerajaan Antara Dalang Jualan MyKad Kepada Warga Asing

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa telah wujud penyalahgunaan kuasa serta eksploitasi dalam urusan pengambilan pekerja asing di Malaysia.

Ketua Pesuruhjaya SPRM

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya memberitahu terdapat ejen dan individu yang mengambil peluang mengeksploitasi pekerja asing termasuklah menggunakan rasuah.

“Isu (rasuah) melibatkan pekerja asing memang banyak. Ada pekerja asing yang datang sini kononnya ada kerja, tetapi tiada.

Ada yang datang ke Malaysia kemudian tiada dokumen. Mungkin ada orang khianat, contohnya mereka buat visa, lepas itu mereka tamatkan proses pengambilan.”

Berikutan dengan itu, beliau telah mencadangkan agar proses kemasukan pekerja asing yang kini dikendalikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dikembalikan kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM) kerana bahagian KSM lebih mengetahui berapa banyak peluang pekerjaan sedia ada untuk pekerja asing.

Rasuah Pekerja Asing

Sebahagian besar majikan lebih gemar membuka peluang kepada pekerja asing kerana kadar upah mereka yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan rakyat tempatan terutamanya dalam sektor buruh binaan, pengendalian jentera berat, kuari dan pembersihan.

Jika dilihat, rata-ratanya lebih gemar mengupah kekosongan jawatan kepada warga Indonesia, Bangladesh dan Pakistan dan jika keadaan ini berterusan, berkemungkinan besar kadar mata wang Malaysia berada di paras bahaya kerana lebih banyak yang keluar daripada masuk.

Sumber: Sinar Harian

 

Lihat bulatan merah.

Harold Scary Stories To Tell In The Dark ‘Bernyawa’ Dirakam CCTV

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI