
Spotify Hadirkan Sokongan Lirik Kepada 26 Negara Termasuk Malaysia
Spotify, aplikasi muzik paling sohor kini apabila dimuat turun lebih 500 juta pengguna di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Aplikasi yang diasaskan Daniel Ek dan Martin Lorentzon dari Sweden itu merupakan platform muzik digital yang memuatkan lebih sejuta lagu tempatan dan luar negara.
Perkhidmatan ini mempunyai beberapa ciri yang mana turut diikuti oleh perkhidmatan penstriman muzik yang lain. Namun, ada ciri yang belum diikuti oleh Spotify, iaitu sokongan bacaan lirik lagu di platform.
Sejak November lalu, Spotify ada mengesahkan bahawa ia menguji lirik masa nyata (real-time) yang diselaraskan dengan muzik di beberapa negara terpilih. Kini, nampaknya akan mula menyambungnya bermula 30 Jun ini di 26 negara termasuk Malaysia.
Manakala 25 negara lain yang akan menerima sokongan ini termasuklah Argentina, Brazil, Colombia, Chile, Mexico, Peru, Bolivia, Costa Rica, Dominican Republic, Ecuador, Guatemala, Honduras, India, Nicaragua, Panama, Paraguay, El Salvador, Uruguay, Vietnam, Philippines, Indonesia, Thailand, Taiwan, Singapore dan Hong Kong.
Spotify akan bekerjasama semula dengan Musixmatch sekali lagi untuk paparan lirik tersebut. Untuk mengakses ciri lirik ini, pengguna hanya perlu membuka skrin Now Playing dan pilihan melihat lirik boleh dilihat pada bahagian bawah skrin tersebut.
Spotify pernah bekerjasama dengan Musixmatch beberapa tahun lalu, tetapi memutuskan hubungan pada tahun 2016. Keputusan tersebut, sebelum bekerjasama dengan penyedia lirik Genius untuk ciri Behind The Lyrics.
Kerjasama Spotify dengan Genius telah memberikan background stories dan komen bersama dengan lirik separa untuk menyokong ciri Behind the Lyrics, tetapi tidak menawarkan lirik yang lengkap.
Sumber: MacRumors
Trending now



