
‘Spesies Begini Lambatkan Kerja’ – Video Hotel Kotor Dan Bersepah Selepas Diguna Undang Komen Netizen
Hotel Kotor Dan Bersepah Selepas Diguna ‘Pelanggan Dari Neraka’.
Kebersihan diri dan persekitaran merupakan salah satu aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu tanpa mengira umur mahupun jantina. Tahap kebersihan juga mampu menggambarkan keperibadian seseorang itu.
Terbaharu, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan keadaan bilik hotel yang kotor dan bersepah.
Menerusi video yang dikongsi seorang pengguna TikTok @anna_faz86, jelas menunjukkan keadaan bilik hotel yang sangat kotor, penuh sampah-sarap sehingga menyukarkan kerja-kerja pembersihan.
“Bila lambat check-in hotel, meroyan, viral. Nak bilik siap sanitize 10 kali sehari kalau boleh kuman pun tak ada. Takut konon, tapi bila check-out tinggalkan bilik macam ini rupa, tak rasa bersalah ke?
“Tak salah pun kalau mudahkan tugas housekeeping, hidup ini perlu toleransi. Jangan guna alasan dah bayar. Guna hati perut sikitlah. Sebab spesis macam inilah yang melambatkan kerja housekeeping,” tulis kapsyen video itu.
Malahan, pembuat video tersebut turut berkata, masalah kelewatan untuk daftar masuk juga terjadi apabila ada pelanggan yang lambat mendaftar keluar.
“Belum lagi yang terhegeh-hegeh nak check-out, yang nak check-in pun tak sabar-sabar pukul 12 dah terpacak depan hotel,” katanya.
Dapat dilihat, pelanggan hotel berkenaan meninggalkan sampah sarap yang berterabut, kulit durian, petai dan sejadah yang diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.
@anna_faz86 Mcmne nak checkin awal kalau semua perangai mcmni? #hotelierlife #RentasNegeri #JomReady #viral #kitabelummenang
Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan sikap segelintir pelanggan yang tidak bertanggungjawab.
“Tak kemas tak apa tapi bila pengotor, memang tak boleh diterima.”
“Kenapa nak kena tinggalkan bilik hotel macam kapal perang kalau boleh tinggalkan elok-elok.”

“Salah satu didikan yang saya pelajari daripada ibu bapa saya apabila kami pergi bercuti dan menginap di hotel sejak saya kecil, ketika check-out tinggalkan bilik dengan kemas dan teratur.”
“Tapi dulu pernah spread info dari orang hotel suruh biar tak kemas, – to ensure housekeeping berlaku.”
“Ya tapi janganlah sampai tahap tongkang pecah macam ini. Cukup la cadar tu selerak sikit.”
BACA: Kena Sidai Ketika ‘Check-In’ Hotel Mewah, Ramai Netizen Luahkan Kesalan