Speaker Maklumkan Terima Usul Undi Tidak Percaya Tun M Terhadap Perdana Menteri

Sumber: Astro Awani

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusof hari ini memaklumkan bahawa beliau telah menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada bekas Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad.

BACA: Digelar ‘Harimau’ Oleh Musuh, Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Permainan Politik Tun Mahathir

Tun M yang juga Ahli Parlimen Langkawi mengemukakan usul berkenaan mahukan satu ketetapan bahawa Muhyiddin Yassin tidak mempunyai keyakinan majoriti ahli Dewan Rakyat pada 4 Mei lalu di bawah Peraturan Mesyuarat 26 (1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27 (3).

“Satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) yang membangkitkan iaitu: Mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ahli Yang Berhormat Pagoh tidak mempunyai majoriti ahli-ahli yang berhormat Dewan Rakyat.”

Usul berkenaan dipercayai akan dibawa ke mesyuarat Dewan Rakyat yang dijangka bersidang sehari pada 18 Mei ini sebelum disambung semula pada Julai nanti.

Speaker Dewan Rakyat Maklumkan Terima Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Perdana Menteri 1

Sebelum ini, Mohamad Ariff menolak usul serupa daripada Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal yang mahukan ketetapan bahawa Tun Mahathir mempunyai keyakinan majoriti oleh ahli-ahli Dewan Rakyat menurut Peraturan Mesyuarat yang sama.

Dalam satu surat balas kepada usul tersebut, Mohamad Ariff memberitahu usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Semporna tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana mempertikaikan kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam urusan perlantikan jawatan Perdana Menteri.

Speaker Dewan Rakyat Maklumkan Terima Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Perdana Menteri

Terdahulu, negara berdepan dengan ketidakstabilan politik selepas Perdana Menteri ke-7, Tun M meletakkan jawatan secara tiba-tiba  pada akhir Februari lalu.

BACA: Pernah Dipecat Daripada Jawatan TPM Kerana Persoal 1MDB, Muhyiddin Yassin Kini Sah PM Ke-8

Tun M kemudiannya dilantik sebagai Perdana Menteri interim sebelum YDPA melantik Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian