
‘Spanish Laughing Guy’, Lelaki Dalam Meme Ketawa Meninggal Dunia
‘Spanish Laughing Guy’, Lelaki Dalam Meme Ketawa Meninggal Dunia.
Sebagai pengguna media sosial, pastinya anda mengetahui kewujudan meme yang biasanya digunakan di ruangan komen.
Meme telah menjadi bentuk hiburan yang popular di internet, dan biasanya disajikan dalam bentuk gambar dan tulisan.
Antara semua meme popular yang berlegar di media sosial, anda pasti tahu dengan meme seorang lelaki yang ketawa terbahak-bahak ini.
Lelaki tersebut merupakan seorang pelawak kelahiran Sepanyol, Juan Joya Borja atau lebih dikenali sebagai El Risitas, meninggal dunia pada tengah hari Rabu.
Sumber mengatakan, mendiang disahkan meninggal dunia di Virgen de Rocio University Hospital, Seville, Sepanyol kerana kesihatannya semakin merosot.
Borja meninggal pada usia 65 tahun dan punca kematian sebenar tidak didedahkan. Mendiang telah dimasukkan ke hospital sejak September 2020 kerana menghadapi masalah kesihatan.
Kisah di sebalik meme ketawa
Meme tersebut telah menjadi fenomena oleh pengguna media sosial seluruh dunia apabila tular aksi lucunya yang ketawa terbahak-bahak ketika ditemu ramah dalam satu rancangan TV, Ratones Colorao pada 2014.
Dikongsikan kisah disebalik meme itu, dia yang dikenali sebagai ‘Spanish laughing guy’ sedang berjenaka apabila ditanya oleh pengacara program nasib buruknya bekerja sebagai pembantu dapur.
Aksi mereka yang dilihat tidak dapat menahan ketawa menjadi ikonik sehingga wajahnya dijadikan sebagai meme, termasuk melakukan parodi.
El Risitas menjadi meme ‘terkemuka’ dunia selepas templet video beliau ketawa mula disunting ribuan kali dan dijadikan meme yang membuatkan netizen turut terhibur.
Malahan, meme beliau ketawa antara meme paling popular dan kerap diguna apabila sesuatu pihak mahu throll satu pihak yang lain.
Pada Mac lalu, El Risitas berkesempatan mengucapkan terima kasih kepada peminatnya kerana telah menganjurkan kempen mengumpul dana untuk membeli skuter elektrik setelah salah satu kakinya terpaksa dipotong akibat komplikasi kesihatan.
BACA: Sering Jadi Bahan Meme, Ini Kisah Di Sebalik Reaksi Wajah Sarim Akhtar
Sumber: Awani
Trending now



